Aplikasi Word, Excel, Presentation Android Terbaik

7:12:00 PTG 0
Bagi pengguna Windows, sahabat pasti sudah terbiasa dengan software seperti Word, Excel dan lain-lain software yang digunakan untuk membuat tugasan-tugasan tertentu.

Namun, dengan kemajuan teknologi yang kian pesat, tugas-tugas di atas sudah dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat tanpa memerlukan gadjet-gadjet yang berat dan besar. Menggunakan smartphone anda sendiri sudah memadai untuk melaksanakan semua tugasan di atas.

Lambakan aplikasi yang dibangunkan oleh developers menyukarkan pengguna untuk memilih aplikasi terbaik bagi membuka dan mengedit Word (Document), Excel dan Powerpoint Presentation. Runsing untuk memilih?

Oleh itu, saya ingin mencadangkan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Kingsoft Office Software Corporation Limited iaitu WPS Office + PDF sebagai Aplikasi Word, Excel, Presentation Android Terbaik untuk pelajar, businessman, guru dan sebagainya.

Antara kelebihan aplikasi WPS Office + PDF ini adalah:

1. Saiz aplikasi kurang daripada 25MB!
2. 100% Percuma.
3. Menyokong lebih daripada 50 bahasa!
4. Sesuai dengan semua aplikasi Microsoft Office.

Serta pelbagai lagi kelebihan lain yang terdapat pada aplikasi ini. Di bawah ini saya lampirkan sedikit sebanyak screenshot aplikasi WPS Office + PDF.

Aplikasi Word, Excel, Presentation Android Terbaik
Tap pada simbol +, dan akan keluar menu untuk dipilih.
Aplikasi Word, Excel, Presentation Android Terbaik
Sangat menarik dan mudah bukan?


Aplikasi Word, Excel, Presentation Android Terbaik

Bagi pengguna smartphone yang berminat untuk memuat turun aplikasi ini, anda boleh mendapatkannya dari PlayStore secara percuma melalui link di bawah.