Cara Kembalikan Tab Chrome Android

3:40:00 PTG 0
Cara Kembalikan Tab Chrome Android. Bagi peranti Android yang menjalankan sistem operasi Lollipop, pasti sahabat perasan hilangnya satu petak kecil yang biasanya ada di bucu kanan pelayar Google Chrome.

Namun, kemaskini terbaru pada Chrome telah memperlihatkan fungsi untuk menambah tab atau melihat recent tab sudah tiada dan menyukarkan pengguna smartphone Android kerana perlu menekan recent key untuk beralih ke tab lain.

Lebih-lebih lagi pengguna pengguna menekan button recent key untuk mengakses ke tab yang lain. Adakah sahabat menggemari fungsi sebegini ataupun sebaliknya? Saya lebih selesa dengan cara lama iaitu hanya perlu menekan pada recent tab.
Cara Kembalikan Tab Chrome Android
Kembalikan fungsi open tabs seperti yang saya petakkan di atas.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti tips Cara Kembalikan Tab Chrome Android di bawah.

CARA KEMBALIKAN TAB CHROME ANDROID


1. Buka aplikasi Google Chrome seperti biasa.
2. Tap pada 3 dot di penjuru atas kanan > Setting.
3. Pilih Merge tabs and apps. Tap pada button bertanda On sehingga bertukar menjadi Off. Siap!

Cara Kembalikan Tab Chrome Android
Setelah tap, Chrome akan restart secara sendirinya.

Setelah melakukan sedikit perubahan Setting pada Chrome, fungsi open Tab telah dapat digunakan kembali seperti sedia kala. Mudah sahaja bukan? 

Cara Kembalikan Tab Chrome Android

Demikian Tips Android Terbaik Cara Kembalikan Tab Chrome Android. Tip di atas diharap dapat mengembalikan semula recent tab yang hilang pada peranti Android sahabat. Semoga bermanfaat.

Cara Mudah Format Peranti Android

11:20:00 PG 2
Cara Mudah Format Peranti Android. Jimatkan duit sahabat daripada melakukan format peranti secara berbayar. Lakukan sahaja sendiri tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Saya cuba untuk memberi panduan yang mudah untuk sahabat ikuti. Usah bimbang, percayakan diri sendiri.

Jika peranti Android sahabat masih boleh di on, proses format boleh dilakukan dengan amat mudah sekali. Jika sudah tidak dapat di on, maka perlu dilakukan dengan menekan button tertentu. Namun, perkongsian kali ini adalah untuk peranti yang masih boleh di on dan berfungsi dengan baik.

Apabila keadaan smartphone sahabat sudah tidak seperti dahulu dan terdapat pelbagai masalah, pasti rasa ingin mengembalikan kepada keadaan asal dan reset kan? Cuba lakukannya sendiri dahulu dan jika berhasil, selamat RM20-RM50 jika dibaiki di kedai.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA MUDAH FORMAT PERANTI ANDROID


1. Pergi ke Setting > Backup and Reset.
2. Backup data sahabat ke Gmail terlebih dahulu sebelum factory reset.
Cara Mudah Format Peranti Android
Backup data aplikasi, password wifi, contacts dan lain-lain ke Gmail terlebih dahulu.

3. Selesai backup, tap pada Factory data reset.
Cara Mudah Format Peranti Android
Tick pada Erase all jika ingin memadam semua fail di dalam internal storage seperti gambar, muzik dan video.

4. Tap pada Reset Phone dan ikuti langkah yang dikehendaki. Proses format akan berjalan. Siap.

Demikian Tips Android Terbaik Cara Mudah Format Peranti Android. Semoga bermanfaat.

Cara Muat Turun Stickers WeChat

8:42:00 PG 0
Cara Muat Turun Stickers WeChat. Selain fungsi moments pada aplikasi WeChat, fungsi lain yang turut memberi kelainan kepada aplikasi ini adalah Stickers. Stickers ini adalah seperti sebuah gambar GIF yang bergerak secara sendiri dalam beberapa saat. 

Mungkin ada dalam kalangan sahabat sudah mengetahui Cara Muat Turun Stickers di WeChat dan mungkin ada yang belum. Saya mendapat idea untuk berkongsi tips ini apabila ada seorang rakan teruja setelah saya menghantar stickers kepadanya dan dia bertanya bagaimana cara melakukannya.

Stickers WeChat ini begitu menarik kerana gambar(sticker) yang dihantar akan bergerak-gerak dan mempunyai pelbagai jenis stickers yang boleh dimuat-turun di WeChat. Sebagai contoh stickers Doraemon, Spongebob dan sebagainya.

Bagi yang ingin mengikutinya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA MUAT TURUN STICKERS WECHAT


1. Pastikan sahabat sudah memuat turun aplikasi WeChat di smartphone. Download WeChat
2. Buka aplikasi WeChat, pergi ke Me > Stickers Gallery.

Cara Muat Turun Stickers WeChat

3. Download sticker yang diinginkan dan tunggu proses muat turun dilakukan.
Cara Muat Turun Stickers WeChat
Sahabat boleh tekan lama-lama pada stickers untuk preview terlebih dahulu.

4. Buka mana-mana chat dan sahabat sudah boleh menggunakan stickers yang telah dimuat turun.
Cara Muat Turun Stickers WeChat
Tap pada smile dan pilih mana-mana stickers yang ingin digunakan. Tap pada simbol + untuk memuat turun stickers lain.

Demikian Tips Android Terbaik Cara Muat Turun Stickers WeChat. Semoga bermanfaat.

Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri (Android)

5:42:00 PTG 6
Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri (Android). Cepatnya habis bateri smartphone aku ni. Mungkin monolog ini pernah bermain di dalam fikiran sahabat. Lebih-lebih lagi dengan masalah peranti yang terlalu cepat kehabisan bateri.

Perkara ini dapat diatasi dengan melakukan perubahan ke atas beberapa settings seperti tahap kecerahan, masa skrin terpadam secara automatik, wifi, mobile data dan sebagainya yang boleh diubah untuk menjimatkan lagi penggunaan bateri.

Namun, semua setting ini tidak perlu dilakukan secara manual. Saya akan berkongsi sebuah aplikasi yang boleh digunakan dengan hanya perlu tap satu kali pada skrin dan aturan tertentu akan dilakukan secara automatik bagi menjimatkan bateri smartphone sahabat.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT BATERI ANDROID


1. Muat turun aplikasi Battery Time Saver & Optimizer dari Play Store. Download Battery Time Saver & Optimizer
2. Selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
3. Tap pada Extend Time dan biarkan proses berjalan. Sahabat juga akan diberi pilihan untuk menutup sambungan Wifi jika sedang menggunakannya.
4. Selesai proses mengoptimumkan penggunaan bateri.  BOOM! Lihat perbezaan sebelum dan selepas. Siap.
Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri (Android)
Contoh Perbezaan yang saya lakukan.

Demikian tips Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri (Android). Aplikasi yang dikogsikan di atas amat senang digunakan, dengan satu tap sahaja pelbagai optimize dapat dilakukan. Semoga bermanfaat dan dapat membantu sahabat dalam menjimatkan bateri.

Cara Aktifkan Widget Pada Lockscreen

11:51:00 PTG 0
Cara Aktifkan Widget Pada Lockscreen. Sahabat ingin mengetahui sesuatu info dengan lebih cepat melalui peranti Android? Mungkin info ini berbentuk widget dan diletakkan pada paparan utama peranti sahabat.

Ada kala terasa sedikit sukar apabila ingin melihat sesebuah widget, perlu dibuka dahulu lockscreen atau skrin kunci barulah dapat melihatnya. Menjadi lebih mudah bukan jika setelah kita membuka lockscreen terus dapat melihat widget tersebut.

Contoh widget adalah widget pemain muzik, kalendar, E-mail, waktu solat dan sebagainya yang menunjukkan info atau maklumat berbentuk mini mengenai sesebuah aplikasi Android. Fungsi ini amat menarik dan memudahkan pengguna Android.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA AKTIFKAN WIDGET PADA LOCKSCREEN


1. Pergi ke Setting > Security..
2. Tap pada "Enable Widget"
3. Lock Smartphone sahabat dan unlock.
4. Pada Lockscreen, swipe ke kanan dan tap pada icon +, maka akan keluar pilihan widget seperti dibawah.

Cara Aktifkan Widget Pada Lockscreen

5. Sebagai contoh saya memilih widget MySolat dan BOOM!

Cara Aktifkan Widget Pada Skrin Kunci.jpg
Tanpa perlu membuka lockscreen, sahabat terus boleh melihat widget yang dipasang.

* Bagaimana nak membuangnya kembali? Sahabat hanya perlu tekan lama-lama pada widget tersebut dan slide ke atas (Remove).

Cara Buang Widget Pada Lockscreen

Demikian Tips Android Cara Aktifkan Widget Pada Lockscreen. Apabila widget diletakkan pada lockscreen diharapkan dapat menyenangkan sahabat untuk mengetahui sesuatu info melalui peranti Android. Semoga bermanfaat.

Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV

5:32:00 PTG 2
Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV. Sahabat mempunyai peranti yang tidak digunakan? Mengapa tidak digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Salah satunya adalah dengan memanfaatkannya melalui penggunaan menjadi kamera litar tertutup.

Handphone Android tersebut boleh digunakan sebagai kamera keselamatan (CCTV) dan diletakkan di kawasan tertentu seperti di rumah sahabat semua. Kewangan sahabat juga dapat dijimatkan.

Apa yang diperlukan:

* Pastikan sahabat mempunyai smartphone Android sebagai kamera dan laptop atau PC sebagai skrin untuk melihat rakaman.
* Sambungan wifi yang sama diperlukan di antara peranti dan laptop. Tak ada wifi? Tak menjadi masalah, boleh hotspot dari hp ke laptop sahabat.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

GUNAKAN SMARTPHONE ANDROID SEBAGAI CCTV


1. Pastikan sahabat memenuhi syarat di atas apa yang diperlukan.
2. Muat turun IP Webcam dari Google Playstore ke dalam smartphone. Download IP Webcam
3. Selesai download, buka aplikasi IP Webcam, skrol ke bawah dan tap pada Start Server.

Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV

4. Setelah tap pada Start Server, maka akan keluar paparan seperti di bawah. Salin alamat IP address yang saya petakkan di dalam Browser menggunakan laptop sahabat. Taipkan di dalam browser sama ada menggunakan Chrome, Mozilla dan sebagainya dan tekan Enter.

Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV
* Alamat IP ini mungkin berbeza mengikut sambungan wifi masing-masing.
Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV
Jika gambar tidak fokus, Tap pada Actions dan pilih Focus.

5. Setelah dimasukkan IP address pada laptop, pada laptop sahabat akan keluar paparan seperti di bawah. Pada pilihan Video Renderer dan Audio Player pilih flash dan rakaman akan dimulakan.

Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV
Setting dapat diubah mengikut keselesaan.
6. Selesai sahaja rakaman dilakukan, sahabat boleh melihatnya kembali di browser pada tab Video Archive. 

Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV
Pilih mana-mana video dan play.
7. Selesai sudah. Siap.

Demikian tips Android Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV. Semoga bermanfaat.

Cara Rekod Skrin Android Dengan Mudah

2:32:00 PTG 2
Cara Rekod Skrin Android Dengan Mudah. Kebanyakan perakam skrin Android memerlukan proses root untuk menjalankan aplikasi mereka. Kini sudah ada aplikasi yang boleh digunakan tanpa melalui proses root. Namun, pastikan peranti sahabat minima versi Android ialah 5.0.

Bagi sahabat yang sudah advance mungkin tidak menjadi satu masalah untuk root smartphone kepunyaan mereka, tetapi ada juga yang mungkin tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Oleh itu, saya berhasrat untuk berkongsi sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh developer Hecorat yang diberi nama AZ Screen Recorder.

Antara kelebihan aplikasi AZ Screen Recorder adalah:

a. Tidak memerlukan proses root.
b. Tiada had masa rakaman.
c. Tiada watermark dan iklan.
d. Mudah untuk digunakan untuk semua user.
e. Boleh membuat rakaman full HD.
f. Boleh berhenti seketika (pause) semasa rakaman dilakukan.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah berikut:

CARA REKOD SKRIN ANDROID TANPA ROOT


1. Muat turun aplikasi AZ Screen Recorder - No Root di Playstore: Download AZ Screen Recorder
2. Setelah siap install, buka aplikasi ini dan akan terpapar pilihan untuk melakukan rekod skrin seperti gambar di bawah.
3. Tap pada button record yang berwarna merah, maka rakaman akan dimulakan.
4. Slide notification panel untuk pilihan Pause/Stop/Draw.
5. Video akan disimpan dan sahabat boleh memainkannya di dalam video player. Siap!

Cara Rekod Skrin Android Tanpa Root

* Setting boleh dilakukan dengan menyentuh pada icon skru dan sahabat boleh membuat aturan sendiri sama ada ingin mengubah resolusi, merakam suara, frame rate dan sebagainya.

Cara Record screen android without root

Demikian tips Android Cara Rekod Skrin Android Tanpa Root. Semoga bermanfaat.

Cara Mudah Disable Invite Games Facebook

9:12:00 PTG 0
Cara Mudah Disable Invite Games Facebook, Terasa terganggu apabila mendapat jemputan daripada rakan-rakan untuk turut serta bermain games? Bagi mengatasi masalah ini, ada sedikit suntingan yang boleh dilakukan bagi menyekat sahabat daripada mendapat invite untuk bermain games.

Sahabat semua boleh mengikuti langkah ini dan kesannya mungkin akan memberi sedikit ketenangan kepada sahabat semua untuk berFacebook tanpa gangguan jemputan bermain permainan di Facebook. Kadang kala notifications yang keluar hanyalah invite games kan.

Selepas melakukan sedikit pengubahsuaian setting di Facebook sahabat, maka masalah ini akan dapat diatasi. Saya cuba memberi cara yang paling mudah untuk difahami oleh sahabat semua. Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah berikut:

CARA MUDAH DISABLE INVITE GAMES FACEBOOK


1. Buka aplikasi Facebook di smartphone Android sahabat.
2. Pergi ke Privacy Shorcuts > More Settings > Apps

Cara Disable Invite Games Facebook

3. Akan terpapar beberapa menu, pilih Platform > No. Siap...

Cara Halang Invite Games Facebook

Demikian tip Android, Cara Mudah Disable Invite Games Facebook. Setelah melakukan perubahan setting, diharapkan sahabat akan lebih tenang untuk menggunakan Facebook dan tidak mendapat ganguan lagi daripada jemputan untuk bermain game.

Sahabat dipersilakan untuk berkongsi tip ini dengan menekan button di bawah. Maaf jika ada sebarang kekurangan di dalam tip kali ini. Sebarang persoalan yang timbul boleh diajukan diruangan komen atau hubungi OMyDroid melalui email. Semoga bermanfaat.

Cara Wariskan Facebook Kepada Orang Lain

3:47:00 PG 2
Facebook mempunyai satu fungsi yang mungkin ada sahabat masih belum mengetahui iaitu Legacy Contact. Fungsi Lecacy Contact ialah sahabat meletakkan orang tertentu bagi memberi kepercayaan untuk membuat sesuatu ke atas akaun facebook sahabat pada masa akan datang.

Penerangan lebih lanjut adalah seperti di bawah iaitu kelebihan dan kekurangan legacy contact ini.

Apa kelebihan menggunakan Legacy Contact ini?

1. Legacy Contact boleh membuat pin post. Sebagai contoh ingin membuat post terakhir mengenai diri sahabat.
2. Respon kepada permintaan rakan baharu.
3. Update gambar profile dan cover photo.

Pewaris tidak boleh:

1. Log in akaun kita.
2. Memadam atau mengubah post lama, gambar dan perkara-perkara lain yang di kongsi di timeline.
3. Membaca mesej.
4. Memadam rakan-rakan yang sedia ada.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA WARISKAN FACEBOOK KEPADA ORANG LAIN


1. Buka aplikasi Facebook menggunakan smartphone anda.
2. Pergi ke Account Settings > Security > Legacy Contacts

Cara Wariskan Facebook Kepada Orang Lain

3. Setelah itu, ikuti apa yang dikehendaki oleh FB dan pilih contact yang diingini sebagai Legacy Contact.
4. Akan keluar mesej yang boleh disampaikan kepada pemilik akaun yang ingin kita wariskan dan tap pada send. Siap.

Cara Wariskan Facebook Kepada Orang Lain

* Info Tambahan:

Untuk membenarkan Facebook memadam akaun kepunyaan anda, pilih Delete After Death. Apabila ada seseorang melaporkan kematian sahabat kepada pihak FB, maka profile akan dipadam. Tetapi, pilihan ini akan memadam Legacy Contact sahabat.

Cara Mewariskan Facebook Kepada Orang Lain

Demikian tip Cara Wariskan Facebook Kepada Orang Lain. Semoga bermanfaat.

Cara Scan Documents Menggunakan Android

4:38:00 PTG 0
Cara Scan Documents Menggunakan Android. Mungkin ada dalam kalangan pembaca OMyDroid adalah golongan yang bekerjaya ataupun pelajar yang sangat biasa dengan scan document. Sama ada untuk tujuan menghantar tugasan, resume dan kerja-kerja lain.

Sahabat pasti sudah biasa menggunakan mesin printer untuk mengimbas dokumen penting. Namun, tahukah sahabat Android juga mempunyai fungsi ini dan begitu senang untuk digunakan. Tidak memerlukan apa-apa mesin tambahan.

Bagaimana Cara Scan Documents Menggunakan Android? Hanya menggunakan aplikasi Google Drive (Drive), sahabat semua boleh mengimbas dokumen dengan cepat dan mudah. Jika di dalam peranti sahabat sudah ada aplikasi ini, teruskan sahaja. Jika belum, muat turun di Play Store.

Oleh itu, bagi sahabat yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

Cara Scan Documents Menggunakan Android


1. Buka Google Drive > Tap pada icon + > Scan
2. Setelah itu, ambil gambar dokumen yang ingin di imbas. Contohnya saya mengambil gambar di bawah sebagai pilihan.
3. Sahabat boleh memilih sama ada ingin scan dengan berwarna, colour drawing, none atau putih dan hitam hanya perlu tap pada icon yang saya petakkan pada gambar tengah-tengah.

Cara Scan Documents Menggunakan Android

4. Gambar A adalah daripada aplikasi Drive :
Cara Scan Dokumen Menggunakan Android
Perbandingan: Gambar A menggunakan Google Drive, manakala Gambar B menggunakan aplikasi CamScanner yang dimuat turun dari Playstore.

Mudah sahaja bukan? Demikian tips Cara Scan Documents Menggunakan Android. Semoga bermanfaat.

Cara Mendapatkan Space Dropbox Percuma

5:49:00 PTG 4
Cara Mendapatkan Space Dropbox Percuma . Tip ini adalah melalui laman rasmi Dropbox sendiri dan saya akan menerangkan kepada sahabat dengan lebih terperinci bagaimana caranya untuk mendapatkan ruangan yang lebih besar di dalam Dropbox.

Di bawah ini saya lampirkan ruangan yang diperoleh melalui langkah-langkah yang telah diberi di laman web tersebut. Ikuti sahaja langkah yang diberi dan sahabat akan diberikan ruangan percuma secara terus oleh Dropbox.
Cara Mendapatkan Space Dropbox Percuma
Bukti Storage Percuma.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah.

Cara Mendapatkan Space Dropbox Secara Percuma 


Pertama sekali, bagi yang belum mempunyai akaun Dropbox, silakan mendaftar terlebih dahulu: Daftar akaun Dropbox

Bagi yang sudah mempunyai akaun Dropbox, silakan ke laman web ini dan sign in akaun Dropbox anda: Dapatkan Space Percuma Dropbox

Setelah selesai sign in, sahabat perlulah mengikuti apa yang ditulis di laman web tersebut bagi mendapatkan lebih banyak space percuma. Seperti di laman Dropbox tersebut, langkahnya adalah seperti di bawah.

Cara Mendapatkan Space Dropbox Percuma

1. Menyambung akaun Dropbox ke Facebook dan akan mendapat 125 MB ruangan percuma.
2. Menyambung akaun Dropbox ke Twitter dan turut mendapat 125 MB ruangan percuma.
3. Follow akaun Dropbox dan akan mendapat 125 MB ruangan percuma.
4. Terakhir, untuk mendapat 125 MB lagi, sahabat perlu memberi sedikit komen kepada pihak Dropbox.

Jadi, jumlah di atas adalah sebanyak 500 MB boleh mendapatkan space dari Dropbox secara free!

5. Cara terakhir, sahabat boleh mengajak orang lain untuk turut memuat turun aplikasi Dropbox dan akan diberi 500 MB space percuma untuk setiap seorang yang mendaftar. Jumlah maksimum bagi cara ini adalah 16 GB.

* Cara untuk invite menggunakan smartphone Android: Buka Dropbox > Setting > Invite Friends

Cara Mendapatkan Space Dropbox Secara Percuma


Demikian tips Cara Mendapatkan Space Dropbox Percuma. Semoga bermanfaat.

Recycle Bin Untuk Android

2:21:00 PTG 0
Recycle Bin Untuk Android. sahabat pasti terbayang icon tong sampah di windows apabila disebut sahaja Recycle Bin. Pengguna windows juga mungkin sudah biasa dengan fungsi recovery kembali gambar atau fail yang telah dipadam melalui recycle bin.

Bagaimana pula dengan Android, adakah fungsi ini turut wujud? Bantuan daripada aplikasi ketiga di Play Store dapat menjalankan fungsi yang hampir serupa dengan recycle bin di Windows. Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut dan teruskan pembacaan.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

RECYCLE BIN ANDROID


1. Muat turun aplikasi Dumpster dari Playstore. Download Dumpster
2. Jalankan aplikasi seperti biasa.
* Fail-fail yang telah dipadam sebelum muat turun aplikasi ini tak dapat di restore kembali.
3. Di bawah ini saya tunjukkan bagaimana aplikasi Dumpster ini berfungsi dengan memadam gambar di dalam galeri saya dan restore kembali ke dalam Galeri.

Aplikasi Recycle Bin Untuk Android
Saya memadam sebuah gambar sebagai contoh.
Seterusnya, buka aplikasi Dumpster untuk restore kembali gambar yang dipadam.

Recycle Bin Untuk Android
Pilih gambar yang ingin di restore dan BOOM! Ada kembali di dalam Gallery.
Mudah sahaja bukan? Muat turun sebelum gambar dan fail-fail penting sahabat hilang dan tak dapat dikembalikan lagi. Kewujudan aplikasi ini sedikit sebanyak membantu sebagai alternatif kepada Recycle Bin yang digunakan pada Windows.

Demikian perkongsian Recycle Bin Untuk Android. Semoga bermanfaat.

Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password

10:12:00 PG 0
Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password. Bagaimana nak menggunakan internet tanpa memberi password? Ya ada caranya untuk memudahkan sahabat daripada mengulangi jawapan yang sama setiap kali orang lain bertanyakan kata laluan wifi.

Datang seorang bertanyakan kata laluan. Datang seorang lagi pula turut bertanya perkara yang sama dan kadang-kadang mungkin membuatkan sahabat merasa sedikit terganggu dengan pengulangan soalan yang sam sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, saya ingin berkongsi Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password/Kata laluan. Tip ini amat mudah sekali dan sahabat semua boleh bertanya di ruangan komen jika mempunyai sebarang persoalan.

Bagi sahabat yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah-langkah di bawah ini:

CARA BERKONGSI WIFI TANPA MEMBERI PASSWORD


1. Pergi ke laman web QR Code Generator menggunakan laptop atau smartphone Android anda. 
2. Isikan maklumat Wifi sahabat di dalam ruangan yang disediakan dan setelah siap, tekan button download.

Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password

3. Paparan Download akan keluar dan pilih sama ada ingin disimpan di dalam format JPEG atau PNG. QR Code telah siap untuk digunakan.

Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password
Sahabat boleh menampal QR Code wifi di dinding berhampiran wifi dan apabila kawan-kawan meminta password, hanya meminta mereka untuk scan QR code ini menggunakan smartphone. Tanpa perlu memasukkan kata laluan, wifi akan disambung secara automatik.

Di bawah ini saya menunjukkan bagaimana cara ini berfungsi dengan hanya mengimbas QR Code sahaja. Pada gambar pertama, sambungan wifi masih lagi Secured dan selepas di imbas QR Code, sahabat perlu tap pada Connect dan BOOM! Connect secara automatiknya.

Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password
Saya menggunakan aplikasi QR & Barcode Scanner dari Play Store.
Demikian Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password. Semoga bermanfaat.