Cara Muat Turun dan Memasang Google Play Store

10:22:00 PG 0
Cara Muat Turun dan Memasang Google Play Store. Mungkin sahabat pernah terbuang atau kembali ke versi lama Play Store dan ingin kembali ke versi terkini. Pada posting kali ini, saya akan berkongsi tip untuk memasang kembali Play Store di peranti sahabat kepada versi terbaru.


Cara yang paling mudah akan digunakan untuk memasang Google Play Store iaitu dengan cara memasangnya secara manual menggunakan fail APK. Jika sahabat sudah lama bersama OMyDroid, sahabat pasti sudah biasa cara memasang APK secara manual.

Cara Muat Turun dan Memasang Google Play Store

Terdapat dua cara untuk memasang Google Play Store di peranti sahabat. Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA MUAT TURUN DAN MEMASANG GOOGLE PLAY STORE


1. Memasang Google Play Store Menggunakan Peranti Sahaja


- Hidupkan fungsi 'Unknown Sources' melalui cara berikut: Pergi ke Settings > Security dan tick pada Unkown Source.
- Pergi ke Browser peranti sahabat sama ada Chrome, CM Browser, Mozilla atau sebagainya dan muat turun Google Play Store di APK Mirror.
- Setelah siap muat turun fail Google Play Store, tap pada fail tersebut dan Install.

2. Memasang Google Play Store Menggunakan Komputer dan Peranti


Jika sahabat tiada sambungan internet pada peranti, cara ini boleh digunakan dan pastikan komputer bersambung dengan sambungan internet.

Cara Muat Turun dan Memasang Google Play Store

- Hidupkan fungsi 'Unknown Sources'.
- Menggunakan pelayar pada komputer, pergi ke APK Mirror dan muat turun fail terbaru Google Play Store.
- Sambung peranti ke komputer menggunakan kabel USB atau gunakan fungsi bluetooth untuk memindahkan fail tersebut ke peranti sahabat.
- Buka fail APK tersebut dan Install.

Demikian tip Android Cara Muat Turun dan Memasang Google Play Store. Semoga bermanfaat.

5 Cara Meningkatkan Jangka Hayat Bateri Android

5:18:00 PTG 2
5 Cara Meningkatkan Jangka Hayat Bateri Android. Salam penghulu segala hari buat pengunjung OMyDroid, posting kali ini saya akan berkongsi mengenai tip penjagaan bateri peranti Android kesayangan sahabat.


Tidak semua peranti di pasaran mempunyai saiz kapasiti bateri yang tinggi dan mampu bertahan lama. Ada yang sekadar 2000 mAh ke bawah dan ada yang 3000 mAh ke atas. Namun, walaupun saiz kapasiti bateri yang tinggi, ada pengguna yang masih mempunyai masalah kecepatan habisnya bateri.

Cara Meningkatkan Jangka Hayat Bateri Android

Bagi yang ingin mencuba, silakan ikuti tip di bawah.

5 CARA MENINGKATKAN JANGKA HAYAT BATERI ANDROID


1. Mengubah kecerahan skrin dan masa tamat skrin (screen timeout)


Kecerahan skrin adalah antara penyebab utama peranti mengalami masalah kecepatan penurunan jangka hayat bateri. Tetapi, masalah ini dapat diatasi dengan melakukan sedikit perubahan setting. Kebiasannya, peranti Android sudah disedikan shortcut untuk mengubah kecerahan skrin.

Slide sahaja notification panel ke bawah, dan akan ada shortcut untuk mengubah kecerahan skrin. Cadangan saya, jangan tick pada automatic brightness kerana kecerahan skrin yang terlalu maksimum akan digunakan jika sahabat berada di tempat yang terang. Ubah sahaja secara manual.

Mengubah kecerahan skrin dan masa tamat skrin (screen timeout)

Namun, bagi peranti yang tidak mempunyai shorcut brightness, sahabat boleh pergi ke Setting > Display > Brightness level. Ubah mengikut kesesuaian. Semakin rendah, semakin jimat penggunaan bateri.

Screen timeout juga boleh diubah bagi meningkatkan lagi jangka hayat bateri. Tempoh masa untuk skrin terpadam dengan automatik boleh diubah dengan beberapa langkah sahaja. Pergi ke Setting > Display > Tap pada Sleep/Screen Timeout. Cadangan saya tetapkan hanya 30 saat.

2. Aktifkan Power Saving Mode


Ada sesetengah peranti dihadirkan dengan fungsi khas bagi menjimatkan bateri. Jika peranti sahabat mempunyai fungsi ini, aktifkan bagi memaksimumkan jangka hayat bateri. Setiap peranti mungkin mempunyai cara berbeza untuk menghidupkan fungsi ini.

Aktifkan Power Saving Mode

Sebagai contoh, bagi peranti Samsung, kebiasaannya sahabat boleh mengaktifkan Power Saving Mode seperti berikut: Pergi ke Settings > My Device > Tap pada Power Saving Mode. Bagi peranti lain pula, mungkin berbeza daripada cara ini.

Beberapa suntingan boleh dilakukan bagi mengurangkan penggunaan bateri seperti penggunaan CPU dan kecerahan skrin.

3. Mematikan fungsi Auto Sync dan aturan yang tidak digunakan


Apabila sesuatu fungsi tidak digunakan, matikan fungsi tersebut bagi menjimatkan penggunaan bateri. Sebagai contoh fungsi Bluetooth, Wifi, NFC, GPS dan Mobile Data. Turn off fungsi ini apabila tidak digunakan.

Matikan fungsi ini dengan mudah melalui Notification pannel, slide ke bawah dan tap pada fungsi yang tidak digunakan. ON jika icon menyala, OFF jika icon sudah tidak menyala. Jangan lupa tutup juga fungsi auto sync bagi menjimatkan penggunaan bateri dan mobile data.

4. Gunakan wallpaper berwarna hitam


Jika peranti sahabat menggunakan paparan skrin Amoled, tip ini boleh digunapakai. Dikhabarkan skrin Amoled apabila menggunakan wallpaper hitam akan menjimatkan penggunaan bateri. Cuba dahulu dan rasai perbezaannya.

Gunakan wallpaper berwarna hitam

5. Menutup fungsi Smart Gestures (Pengguna Samsung)


Kebiasaanya, peranti pertengahan dan high-end keluaran Samsung akan mempunyai fungsi smart gesture contohnya Air Gesture, Motion dan Palm Motion. Jika sahabat merasakan fungsi ini tidak berapa digunakan, tutup sahaja bagi menjimatkan bateri.

Pergi ke Settings > My Device > Motions and gestures dan tap pada toggle sehingga tiada lagi warna hijau.

Demikian 5 Cara Meningkatkan Jangka Hayat Bateri Android. Semoga bermanfaat.

Tip Membeli microSD Card Dengan Betul

2:19:00 PTG 1
Buntu untuk membeli microSD Card? Oleh itu, saya akan berkongsi beberapa panduan bagi membantu sahabat memilih microSD terbaik berdasarkan tujuan penggunaan microSD bagi kegunaan apa. Pasti ada yang berfikir, di dalam peranti sudah ada memori dalaman kan. Nak beli lagi ke?

Sebenarnya, memori dalaman tersebut bukanlah boleh digunakan sebanyak itu. Fail asal di dalam peranti Android sahaja sudah menggunakan di dalam sekitar 1GB lebih dan membuatkan saiz memori dalaman semakin berkurang.

Tip Membeli microSD Card Dengan Betul

Ditambah pula, jika sahabat seorang pengguna yang gemar mengambil gambar, merakam video, memuat turun permainan dan menyimpan lagu, semestinya memori dalaman sebanyak 8GB tidak mencukupi. Penyelesaiannya adalah membeli SD Card (Memory Card).

Bagi memilih dan menentukan kesesuaian microSD Card peranti sahabat, di bawah ini saya telah menyediakan pelbagai tips berkaitan microSD Card. Boleh dibaca sebagai rujukan dalam proses memilih SD Card yang paling bersesuaian.

Perbezaan Kelas microSD Card


MicroSD Card dibahagikan mengikut kapasiti simpanan dan tahap kelajuan pemindahan data. Selain itu, MicroSD Card juga mempunyai kelasnya yang tersendiri dan berbeza antara kelas-kelas tersebut. Terdapat 6 kelas utama iaitu UHS 3, UHS 1, 6, 4 dan 2. 

Jadual di bawah menunjukkan ciri-cirinya dengan lebih terperinci.
Kategori/KelasKelajuan Minimum Pemindahan DataTahap KelajuanDicadangkan untuk:
UHS 3
30 MB/sKelajuan TinggiMerakam video 4K dan 2K
UHS 1
10 MB/sKelajuan TinggiMerakam Video HD, Full HD dan photo shoot yang berterusan
CLASS 10
10 MB/sKelajuan TinggiMerakam Video HD, Full HD dan photo shoot yang berterusan
CLASS 6
6 MB/sKelajuan SederhanaMerakam Video HD dan Full HD
CLASS 4
4 MB/sKelajuan SederhanaMerakam Video HD dan Full HD
CLASS 2
2 MB/sKelajuan RendahMerakam Video HQ

Adakah Peranti Saya Sesuai Dengan Semua microSD Card?

Tidak semua peranti mempunyai slot untuk memasang  microSD Card. Ada sesetengahnya tidak disediakan slot untuk memasukkan memori tambahan. Tambahan pula, setiap peranti juga mempunyai tahap maksimum saiz microSD Card masing-masing.

Tip Membeli microSD Card Dengan Betul

Bagaimana ingin mengetahui peranti sahabat mempunyai slot memori atau tidak dan saiz maksimum microSD Crd bagi peranti tersebut? Di bawah ini ada beberapa tip:

1. Rujuk buku manual yang disediakan di dalam kotak.
2. Lawati laman web rasmi jenama peranti milik anda seperti Samsung, Oppo, Sony dan sebagainya untuk mengetahui spesifikasi peranti dengan lebih mendalam.
3. Terus bertanya kepada penjual mengenai peranti yang anda ingin miliki.
4. Lawati laman web yang boleh dipercayai mengenai smartphone contohnya GSM Arena.

Bagaimana ingin memilih microSD Card terbaik?


Memilih microSD Card yang betul untuk peranti anda adalah berdasarkan dua kriteria iaitu kelajuan dan saiznya. Jika sahabat hanya ingin menyimpan fail-fail kecil seperti dokumen, 8 GB atau 16 GB sudah memadai.

Walaubagaimanapun, jika sahabat lebih cenderung untuk menyimpan gambar, muzik, video dan sebagainya dalam saiz yang besar, saiz microSD Card yang lebih besar adalah lebih bagus. Tentukan juga berdasarkan bajet yang sahabat ada. Kebiasaannya, semakin besar saiz dan kelas, harganya semakin mahal.

Jika sahabat merancang untuk menyimpan aplikasi di dalam microSD Card, saya mencadangkan untuk membeli memori kad yang berkelajuan tinggi iaitu Class 10 dan ke atas. Jika ingin merakam video HD atau Full HD, Class 6 atau Class 4 sudah memadai.

Demikian Tip Membeli microSD Card Dengan Betul. Semoga bermanfaat.

3 Langkah Selamatkan Smartphone Jatuh di Dalam Air

9:15:00 PTG 0
Tiba-tiba sahaja terlepas peranti dari genggaman tangan dan jatuh ke dalam air. Pasti terpinga-pinga dan terdiam seketika. Lebih-lebih lagi jika peranti tersebut dibeli dengan usaha sahaba sendiri untuk mengumpul duit.


Pelbagai persoalan mungkin bermain di minda sahabat apabila smartphone kesayangan tiba-tiba sahaja terjatuh ke dalam air sama ada air terjun, kolam renang, sungai, parit mahupun ke dalam air semasa musim banjir.

3 Langkah Selamatkan Smartphone Jatuh di Dalam Air

Usah khuatir atau bimbang. Cuba ikuti dahulu langkah di bawah dan semoga peranti sahabat dapat diselamatkan daripada mengalami kerosakan yang terlalu serius lalu berfungsi dengan baik kembali.

Bagi yang ingin mencuba, silakan ikuti langkah di bawah:

3 LANGKAH SELAMATKAN SMARTPHONE JATUH DI DALAM AIR


1. Keluarkan peranti daripada air.


Apabila peranti sahabat jatuh ke dalam air, dengan secepatnya keluarkan dahulu peranti tersebut dan jangan dibiarkan peranti tenggelam terlalu lama. Bimbang semakin lama di dalam air, semakin banyak air akan masuk ke dalam komponen smartphone.

2. Cabut bateri.


Setelah mengeluarkan peranti dari kawasan air, cabut bateri peranti tersebut. Selain bateri, tanggalkan juga sim kad dan memori kad dari peranti. Keringkan bateri, simkad dan memori kad dengan kain yang kering dan jangan guna hair dryer.

3. Ambilkan sedikit beras.


Semua komponen tersebut telah ditanggalkan. Lalu ambil beberapa genggam beras bersesuaian dengan saiz hp dan letakkan di dalam bekas bersama-sama dengan peranti. Tenggelamkan badan peranti dengan beras tersebut.
Cara Menyelamatkan HP jatuh ke dalam air
Beras akan menyerap air yang ada di dalam komponen peranti. Biarkan selama 1 atau 2 hari.

Jangan Lakukan Perkara Berikut:


1. Cas peranti ketika keadaan basah.
2. Goncangkan peranti.
3. Meniup ke dalam peranti.

Demikian tip 3 Langkah Selamatkan Smartphone Jatuh di Dalam Air. Semoga bermanfaat.

2 Cara Membesarkan Saiz Font Android

9:09:00 PG 0
2 Cara Membesarkan Saiz Font Android. Saiz font peranti Android sahabat yang kecil mungkin menyukarkan sahabat untuk membaca perkataan yang dipaparkan di skrin. Ingin membesarkan saiz font tetapi tak tahu bagaimana ingin melakukannya?

Pada tip kali ini, saya akan berkongsi tip bagi membesarkan lagi saiz font pada peranti Android sahabat.


Cara Membesarkan Saiz Font Android

Sebenarnya, saiz font ini boleh diubah sendiri oleh sahabat dengan sedikit perubahan setting sahaja. Perubahan saiz font ini diharap sahabat dapat menulis dan membaca di peranti Android dengan lebih mudah.

Bagi sahabat yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

2 CARA MEMBESARKAN SAIZ FONT ANDROID


1. Besarkan saiz font melalui Accessibility settings


Pergi ke Settings, skrol ke bawah dan tap pada Accessibility. Tick pada Large Tap dan lihat perubahan yang berlaku,
Cara Membesarkan Saiz Font Android
Sebelum dan selepas tap pada Large Text.

2. Besarkan saiz font melalui Display settings


Pergi ke Setting, tap pada Display dan pilih Font Size. Satu pop up akan keluar dan sahabat boleh memilih saiz yang dinginkan sama ada small, normal, large atau huge. Cara ini adalah lebih menarik kerana sahabat boleh memilih sendiri saiz yang diinginkan.
Cara Membesarkan Saiz Font Android
Terdapat 4 pilihan saiz yang boleh dipilih.

Demikian tip 2 Cara Membesarkan Saiz Font Android. Maafkan saya jika ada sebarang kekurangan dan semoga bermanfaat.

3 Aplikasi Android Anda Perlu Uninstall Sekarang Juga

6:11:00 PTG 0
Aplikasi Android Yang Perlu Uninstall Sekarang Juga. Ada aplikasi yang jika dibuang daripada peranti Android tidak memberi kesan buruk yang besar kepada peranti tersebut. Malah, berkemungkinan prestasinya makin meningkat daripada biasa.

Selain memakan ruangan memori dalaman yang tinggi, malah ada juga aplikasi yang menggunakan RAM yang begitu banyak sehingga menyebabkan prestasi Android dan jangka hayat bateri peranti menurun sehingga berlakunya lag, reboot sendiri, overheat dan sebagainya.

APLIKASI ANDROID ANDA PERLU UNINSTALL SEKARANG JUGA


1. Facebook


Facebook ialah sebuah laman sosial yang dapat menghubungkan sahabat dengan rakan-rakan yang lain dengan menggunakan sambungan internet. Melalui aplikasi ini juga, sahabat boleh mendapat notifikasi mengenai hari jadi, berita terkini dan perkara viral yang sedang berlaku.

Namun, aplikasi ini amat memerlukan ruangan memori dan penggunaan RAM yang amat tinggi. Kesannya, jangka hayat bateri juga akan cepat menurun dan Android mengalami lag dan kadang-kadang keluarnya amaran App Stop Working.

Jika dibuang FB, aplikasi apa yang nak digunakan? Sebagai Alternatif, sahabat boleh menggunakan Browser ataupun Facebook Lite yang boleh dimuat turun di PlayStore.

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Uninstall Facebook

3 Aplikasi Android Anda Perlu Uninstall Sekarang Juga

2. Default Browser


Browser atau pelayar asal yang telah disediakan di dalam peranti Android biasanya mempunyai fungsi yang amat terhad. Namun, ada sesetengah peranti sudah diinstall Chrome sebagai default Browser.

Bagi yang belum mempunyai Chrome dan hanya mempunyai browser asal, sahabat boleh memuat turun pelayar lain di Playstore seperti Mozilla, CM Browser, Dolphin, Chrome Beta dan sebagainya. Setelah selesai muat turun, disable browser default sahabat. Pergi ke Setting > Application > Tap pada browser yang tidak mahu digunakan > Disable.

Alternatif Google Chrome
3 Aplikasi Android Anda Perlu Uninstall Sekarang Juga
CM Browser juga salah satu pelayar yang terbaik.

3. Clean Master ( Atau sebarang aplikasi Cleaning)


Melalui penggunaan aplikasi pembersih, memang tidak dinafikan akan membantu untuk membersihkan fail-fail yang tidak diperlukan. Sebenarnya, cached data boleh dibersihkan secara mudah oleh sahabat tanpa perlu memuat turun aplikasi cleaning dari PlayStore.

Mudah sahaja. Tap pada Setting > Storage > Cached Data dan satu pop up akan keluar, pilih Yes. Aplikasi pembersih ini juga mempunyai keburukannya, antaranya menggunakan kuasa bateri yang tinggi dan memakan kuota mobile data sahabat melalui pengiklanan di dalam aplikasi.

3 Aplikasi Android Anda Perlu Uninstall Sekarang Juga

Apa lagi aplikasi yang perlu dibuang?


Sahabat boleh membuang aplikasi yang jarang sekali digunakan, memakan banyak RAM dan bateri serta aplikasi yang sentiasa close dengan sendiri sehingga membuatkan peranti menjadi hang dan tertutup dengan sendirinya.

Demikian perkongsian 3 Aplikasi Android Anda Perlu Uninstall Sekarang Juga. Semoga bermanfaat.

3 Cara Melajukan Cas Smartphone Anda

8:57:00 PG 0
Peranti Android tak penuh-penuh dan lambat daripada kebiasaan apabila mengecas? Mungkin ada beberapa perkara yang menghalang peranti sahabat daripada mengecas dengan laju dan melambatkan proses pengaliran masuk tenaga menjadi amat rendah.

3 Cara Melajukan Cas Smartphone Anda

Baiklah, bagi yang ingin mencuba tip 3 Cara Melajukan Cas Smartphone Anda silakan ikuti tip di bawah:

3 CARA MELAJUKAN CAS SMARTPHONE ANDA


1. Menggunakan Cas Original


Kebiasaannya, apabila sahabat membeli sesebuah peranti Android, cas turut akan diberi di dalam kotak. Guna cas tersebut untuk mengecas smartphone sahabat. Namun, masalah akan timbul apabila cas tersebut mengalami kerosakan atau hilang.

Oleh itu, pastikan sahabat membeli cas yang lebih berkualiti dan jika berkemampuan beli pengecas original daripada centre smartphone yang diguna. Contohnya centre Oppo, Samsung, Sony, Lenovo dan sebagainya. Mungkin sedikit mahal tetapi ada faedahnya.

Kenapa perlu mendapatkan charger berkualiti dan original? Charger yang digunakan ada kala membekalkan tenaga cas yang berbeza kepada smartphone semasa mengecas. Ada yang membekalkan tenaga yang tinggi ada yang rendah. 

Bagi mengukur tahap bekalan tenaga yang disalurkan ke smartphone semasa mengecas, sahabat boleh memuat-turun aplikasi Ampere di Playstore. Cara menggunakannya mudah sahaja. Buka aplikasi tersebut, sambung pengecas dan kadar kemasukan tenaga akan ditunjukkan.

2. Menghidupkan Aeroplane Mode


Fungsi Aeroplane Mode akan menutup wifi dan fungsi sim kad sahabat. Jika fungsi ini dihidupkan, tenaga yang perlu digunakan oleh smartphone semasa mengecas juga dapat dikurangkan. Tenaga yang masuk akan lebih tinggi.

Bagaimana nak menghidupkan fungsi Aeroplane Mode? Ada smartphone yang sudah disediakan shorcut di bahagian notification panel. Slide sahaja ke bawah dan tekan pada icon Aeroplane Mode (berbentuk kapal terbang).

Fungsi ini juga boleh dihidupkan dengan menekan lama-lama pada button on/off. Pilihan akan keluar dan tap pada Aeroplane Mode.

3. Jangan Bermain Games ketika Peranti Dicas


Permainan pada smartphone ada yang menggunakan tenaga yang amat tinggi. Penggunaan RAM yang tinggi turut akan memerlukan tenaga yang kuat untuk memprosesnya menyebabkan tenaga keluar lebih tinggi berbanding tenaga masuk.

Sahabat juga akan perasan, untuk naik ke 1% pun mengambil masa sangat lama. Selain penggunaan RAM, grafik yang perlu diproses semasa bermain game juga memerlukan tenaga yang lebih dan menurunkan kadar kemasukan tenaga cas ke peranti sahabat.

Oleh itu, biarkan dahulu peranti dicas sebelum menggunakannya. Selepas dicas barulah digunakan untuk bermain games, menonton video, mendengar lagu dan sebagainya yang memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi.

Demikian dari saya 3 Cara Melajukan Cas Smartphone Anda, maafkan saya jika ada sebarang kekurangan dan semoga bermanfaat.

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Uninstall Facebook

12:08:00 PTG 0
Tip kali ini OMyDroid ingin berkongsi 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Uninstall Facebook. Umum mengetahui, FB ialah salah satu platform laman sosial yang amat popular pada masa ini. Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai akaun Facebook masing-masing.

Namun, timbul juga masalah selepas pengguna memuat-turun aplikasi Facebook ini di PlayStore. Peranti menjadi semakin perlahan, masalah hang dan sebagainya. Ujikaji ini telah saya lakukan sendiri, selepas membuang aplikasi ini dari smartphone, ternyata performance agak berbeza.

Bagi sahabat yang ingin mengetahui sebab-sebabnya, silakan baca entri di bawah:

3 SEBAB KENAPA ANDA PERLU UNINSTALL FACEBOOK


1. Mengganggu Prestasi Android 


Walaupun saiz aplikasi Facebook hanyalah sekitar 25MB, namun aplikasi ini amat banyak menggunakan data dan RAM smartphone sahabat. 

Masalah ini timbul lebih-lebih lagi kepada sahabat yang menggunakan peranti lama yang mempunyai saiz RAM yang kecil dan meyebabkan berlakunya loading yang sangat lama ketika ingin membuka aplikasi ini.
3 Sebab Kenapa Anda Perlu Uninstall Facebook
Contoh Penggunaan RAM.

Akibat penggunaan RAM yang tinggi, masalah kecepatan kehabisan bateri juga berlaku. Bagi memproses RAM pada tahap yang tinggi, kadar penggunaan bateri yang tinggi juga diperlukan. Cuba sahabat uninstall dan lihat perbezaannya sebelum dan selepas install aplikasi Facebook.

Bagi sahabat yang mempunyai smartphone storage internalnya yang kecil, akan timbul pula masalah tidak dapat memuat turun aplikasi lain kerana ketidakcukupan ruang untuk disimpan. Data yang digunakan begitu banyak sekali.
3 Sebab Kenapa Anda Perlu Uninstall Facebook
Contoh Penggunaan Data

2. Ada alternatif lain- Melayari Facebook Melalui Pelayar (Browser)


Buat sahabat yang masih ingin menggunakan laman sosial Facebbok ini, usah khuatir kerana Facebook juga boleh dilayari melalui pelayar internet seperti Chrome, Mozilla dan CM Browser. Mungkin akan ada beberapa kekurangan berbanding aplikasi Facebook yang sebenar.

Namun, bagi mengelakkan berlakunya masalah gangguan prestasi ke atas Android sahabat, alternatif ini boleh digunakan. 

3. Penggunaan Mobile Data Yang Tinggi


Bagi sahabat yang menggunakan mobile data yang limited, pasti menjadi masalah apabila pembelian internet habis begitu sahaja. 500MB yang baru dilanggan tak mustahil boleh habis begitu sahaja dalam masa satu hari.

Fungsi Auto-Play Video yang diperkenalkan oleh Facebook juga menyebabkan berlakunya penggunaan mobile data yang begitu tinggi sedangkan video tersebut tidak mahu ditonton oleh pengguna. Namun, sahabat boleh mematikan fungsi video dimain secara automatik ini.

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Uninstall Facebook
Bagaimana keputusan anda?

Selepas membaca penerangan di atas, adakah sahabat ingin mencuba untuk uninstall Facebook? Demikian perkongsian 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Uninstall Facebook. Semoga bermanfaat.

Cara Menghentikan Fungsi Video Facebook Dimain Secara Automatik

3:12:00 PTG 0
Tutup fungsi video Facebook dimain dengan sendirinya. Facebook sentiasa menaiktaraf aplikasi mereka di Play Store. Tetapi, tetap jua ada pengguna yang memberi komen negatif terhadap aplikasi ini di Playstore.

Walaupun sentiasa menaiktaraf aplikasi mereka, mamun ada beberapa perkara yang kadang-kadang tidak berapa disukai oleh sesetengah pengguna. Mungkin sahabat juga begitu. Salah satunya adalah fungsi video yang dimainkan secara automatik dan bukannya dimainkan secara manual oleh pengguna.

Bagi pengguna Wifi unlimited mungkin tidak menjadi masalah untuk menggunakan fungsi ini. Namun, menjadi satu keburukan bagi sahabat yang menggunakan mobile data dan ingin melakukan penjimatan. Video dimainkan bermakna data juga berjalan. Jom lakukan sedikit perubahan setting.

Bagi sahabat yang ingin mencuba, silakan ikuti langkah di bawah:

TUTUP FUNGSI VIDEO FB DIMAIN SECARA AUTOMATIK


1. Buka aplikasi Facebook di smartphone sahabat.
2. Slide sehingga ke Tab yang paling kanan.
3. Skrol ke bawah dan tap pada App Setting.
4. Tap pada Videos play automatically dan pilih sama ada ingin Off atau video dimainkan secara automatik apabila ada sambungan wifi sahaja.

Cara Menghentikan Fungsi Video Facebook Dimain Secara Automatik

Demikian Tip Menyahaktif Fungsi Video Facebook Dimain Secara Automatik. Trik ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu sahabat untuk lebih jimat dalam penggunaan kuota mobile data kerana video di FB dapat dikawal secara manual sekarang. Tap dan play. 

Teruskan membaca tip-tip menarik lain di OMyDroid. Jika ada sebarang cadangan penambaikana atau teguran, sahabat boleh menggunakan laman contact yang disediakan. Semoga membantu dan bermanfaat.

Cara Menggunakan Fungsi Starred Messages Whatsapp

8:49:00 PG 3
Cara Menggunakan Fungsi Starred Messages Whatsapp. Penaiktarafan Whatsapp telah menunjukkan fungsi baharu yang diperkenalkan. Salah satunya adalah fungsi Star Messages yang memudahkan pengguna untuk menanda sesuatu yang penting.

Dalam bahasa mudahnya untuk difahami adalah, Star Messages fungsi bagi pengguna untuk menanda sesuatu chat Whatsapp dan membacanya kembali pada masa akan datang. Tanpa perlu membuka satu persatu chat atau skrol sehingga ke atas untuk mencari sesuatu chat, sahabat kini boleh mencarinya dengan lebih mudah.

Jika dilihat pada pelayar web seperti Chrome dan Mozilla, fungsinya adalah lebih kurang seperti Bookmark sesebuah laman web. Web yang disimpan akan disenaraikan di dalam Bookmarks. Tanpa perlu bersusah payah mencari, pergi sahaja ke bahagian Bookmark untuk mencari kembali URL web. Begitulah juga fungsi Star Messages pada Whatsapp ini.

Bagi sahabat yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA MENGGUNAKAN FUNGSI STARRED MESSAGES WHATSAPP


1. Buka aplikasi Whatsapp dan pilih mana-mana chat.
2. Setelah membuka Chat, pilih mesej yang ingin di 'Star' kan. 
3. Tekan lama-lama pada mesej tersebut dan akan keluar pilihan di atasnya berbentuk bintang seperti gambar di bawah. 
4. Tap pada Star tersebut untuk menanda mesej sahabat.
Cara Menggunakan Fungsi Starred Messages Whatsapp
Contoh mesej yang dipilih.

Di mana ingin mencari Starred Messages Whatsapp ini?

Buka Whatsapp > Tap pada 3 dot > Pilih Starred Messages. Di dalamnya akan disenarai mesej yang telah ditandai oleh sahabat.
Cara Menggunakan Fungsi Starred Messages Whatsapp
Kini, mesej penting lebih mudah ditemui.

Demikian Cara Menggunakan Fungsi Starred Messages Whatsapp. Semoga bermanfaat.

Cara Mengelakkan Orang Menemui WeChat Anda

2:13:00 PTG 3
Cara Mengelakkan Orang Menemui WeChat Anda. Di dalam blog ini sudah banyak tip mengenai WeChat dapat saya kongsikan untuk bacaan sahabat semua. Kali ini, saya ingin berkongsi pula tip bagi menyembunyikan WeChat sahabat daripada ditemui oleh orang lain.

Hanya ingin ditambah kenalan WeChat melalui orang yang dikenali sahaja dan ingin sembunyikan daripada orang asing mungkin menjadi sebab sahabat ingin menyembunyikan WeChat daripada ditemui.

Tambahan pula, kelainan pada aplikasi WeChat yang membolehkan penggunanya berkongsi Moment mungkin tak mahu dibaca oleh orang luar. Amat mencurigakan bukan, apabila tiba-tiba sahaja ada orang asing yang ingin add atau menambah sahabat di Wechat mereka.

Bukan sahaja tidak dikenali, dibimbangi berlaku perkara yang tidak sewajarnya pada masa akan datang. Sedikit perubahan setting dan mematikan beberapa fungsi akan meningkatkan lagi privasi sahabat.

Bagi sahabat yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA MENGELAKKAN ORANG MENEMUI WECHAT ANDA


1. Buka aplikasi Wechat sahabat.
2. Tap pada Me > Settings > Privacy.
3. Pada pilihan Privacy, sahabat boleh memilih sama ada ingin ditemui atau tidak dengan menggunakan WeChat ID atau dengan Find Me by Phone No.
4. Tick jika ingin ditemui dan untick jika inginkan privasi. Siap!

Cara Mengelakkan Orang Menemui WeChat Anda

Kini, sahabat sudah dapat meningkatkan lagi privasi bagi aplikasi WeChat. Semoga perkongsian tip ini memberi impak positif kepada pembaca semua. Demikian Cara Mengelakkan Orang Menemui WeChat Anda. Diharap semuanya memberi kebaikan. Semoga bermanfaat.

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

8:02:00 PG 17
Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016. Pada tahun 2016 ini, saya turut mempunyai banyak impian dalam menjayakan blog OMyDroid ini. Ingin sekali saya mengungguli carta di dalam carian enjin bagi tip Android dalam bahasa Melayu.

Namun, tanpa doa yang berpanjangan, usaha dan semangat yang berterusan bukanlah mudah untuk mencapai semua impian ini. Penulisan yang berterusan dan berkualiti serta artikel yang asli perlulah diterapkan di dalam blog bukan? Barulah terbaik..
omydroid
OMyDroid. Tips Android Terbaik Untuk Anda.

Tidak ketinggalan juga, OMyDroid turut mempunyai impian dan cita-cita yang ingin direalisasikan pada tahun 2016 ini. Sebagai sebuah blog yang berkongsi mengenai tips Android, OMyDroid perlulah sentiasa up to date mengenai dunia teknologi semasa dan sentiasa mencuba tips-tips terbaru untuk disajikan kepada pembaca blog ini.

APA YANG OMYDROID INGIN CAPAI PADA TAHUN 2016?


1. Berada di top carian enjin bagi kata kunci berkaitan tip-tip Android.
2. Menjadi sebuah blog rujukan bagi pencinta Android.
3. Sentiasa update mengenai tip-tip terbaru.
4. Peningkatan pengunjung yang melawati blog OMyDroid.
5. Mampu bersaing dengan blogger-blogger lain secara sihat yang berada sama genre dengan blog ini.

Oleh itu, bagi menambah rakan-rakan blogger khususnya blogger Malaysia, OMyDroid telah mengikuti sebuah segmen anjuran blogger HasrulHassan yang telah diadakan baru-baru ini dan amat mendapat sambutan hangat oleh blogger tanah air.

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG 2016


Melalui segmen ini, diharapkan hubungan antara para penulis semakin dapat dieratkan bukan hanya di laman maya, tetapi turut berinteraksi dan bertukar idea di alam nyata. Hubungan yang baik antara penulis ada kesan positifnya sama ada melalui perkongsian, teguran membina dan sebagainya.

Bagi pengunjung OMyDroid yang ingin mengenali blogger-blogger tanah air lain, bolehlah klik pada banner di bawah dan akan melihat senarai blogger yang join di bahagian komen blog HasrulHassan.

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Demikian Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016. Semoga bermanfaat.