Cara Ukur Denyutan Jantung (Android)

12:28:00 PG
Cara Ukur Denyutan Jantung (Android). Bagi sahabat yang mementingkan kesihatan tubuh badan pasti ingin mengetahui kadar denyutan jantung diri sendiri. Kini, tanpa perlu ke hospital atau menggunakan sebarang alat tambahan, sahabat boleh melakukannya sendirian.

Tidak perlu berasa bimbang kerana peranti tidak semahal peranti lain yang mampu mengukur denyutan jantung menggunakan peranti kepunyaan mereka. Sebenarnya, peranti sahabat juga mampu untuk melakukan perkara yang sama.

Caranya mudah sahaja tanpa perlu membeli peranti baharu pun sahabat boleh melakukannya, saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk mengukur denyutan jantung atau nadi anda seperti di bawah.

Cara Ukur Denyutan Jantung Menggunakan Android

1. Muat turun aplikasi Instant Heart Rate dari Playstore. Download Instant Heart Rate
2. Buka aplikasi Instant Heart Rate dan anda akan melihat paparan seperti di bawah.
3. Letakkan jari anda seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah dan tunggu sehingga aplikasi Instant Heart Rate mengukur denyutan jantung.

Cara Ukur Denyutan Jantung (Android)

4. Setelah selesai, keputusan denyutan jantung akan keluar dan anda boleh menyemaknya pada tab ke dua, apakah maksud di sebalik kadar denyutan tersebut.

Cara Ukur Denyutan Jantung (Android)

Mudah bukan? Perkongsian di atas diharapkan dapat membantu sahabat semua untuk lebih bersungguh-sungguh dan peka dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Semoga tip android ini bermanfaat buat sahabat. Muat turunnya sekarang secara percuma di Play Store :)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon