Cara Muat Turun Stickers WeChat. Selain fungsi moments pada aplikasi WeChat, fungsi lain yang turut memberi kelainan kepada aplikasi ini adalah Stickers. Stickers ini adalah seperti sebuah gambar GIF yang bergerak secara sendiri dalam beberapa saat.
Mungkin ada dalam kalangan sahabat sudah mengetahui Cara Muat Turun Stickers di WeChat dan mungkin ada yang belum. Saya mendapat idea untuk berkongsi tips ini apabila ada seorang rakan teruja setelah saya menghantar stickers kepadanya dan dia bertanya bagaimana cara melakukannya.
Stickers WeChat ini begitu menarik kerana gambar(sticker) yang dihantar akan bergerak-gerak dan mempunyai pelbagai jenis stickers yang boleh dimuat-turun di WeChat. Sebagai contoh stickers Doraemon, Spongebob dan sebagainya.
Bagi yang ingin mengikutinya, silakan ikuti langkah di bawah:
CARA MUAT TURUN STICKERS WECHAT
1. Pastikan sahabat sudah memuat turun aplikasi WeChat di smartphone. Download WeChat
2. Buka aplikasi WeChat, pergi ke Me > Stickers Gallery.
3. Download sticker yang diinginkan dan tunggu proses muat turun dilakukan.
Sahabat boleh tekan lama-lama pada stickers untuk preview terlebih dahulu. |
4. Buka mana-mana chat dan sahabat sudah boleh menggunakan stickers yang telah dimuat turun.
Tap pada smile dan pilih mana-mana stickers yang ingin digunakan. Tap pada simbol + untuk memuat turun stickers lain. |
Demikian Tips Android Terbaik Cara Muat Turun Stickers WeChat. Semoga bermanfaat.
Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon