Facebook mempunyai satu fungsi yang mungkin ada sahabat masih belum mengetahui iaitu Legacy Contact. Fungsi Lecacy Contact ialah sahabat meletakkan orang tertentu bagi memberi kepercayaan untuk membuat sesuatu ke atas akaun facebook sahabat pada masa akan datang.
Penerangan lebih lanjut adalah seperti di bawah iaitu kelebihan dan kekurangan legacy contact ini.
Penerangan lebih lanjut adalah seperti di bawah iaitu kelebihan dan kekurangan legacy contact ini.
Apa kelebihan menggunakan Legacy Contact ini?
1. Legacy Contact boleh membuat pin post. Sebagai contoh ingin membuat post terakhir mengenai diri sahabat.
2. Respon kepada permintaan rakan baharu.
3. Update gambar profile dan cover photo.
Pewaris tidak boleh:
1. Log in akaun kita.
2. Memadam atau mengubah post lama, gambar dan perkara-perkara lain yang di kongsi di timeline.
3. Membaca mesej.
4. Memadam rakan-rakan yang sedia ada.
Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:
CARA WARISKAN FACEBOOK KEPADA ORANG LAIN
1. Buka aplikasi Facebook menggunakan smartphone anda.
2. Pergi ke Account Settings > Security > Legacy Contacts
3. Setelah itu, ikuti apa yang dikehendaki oleh FB dan pilih contact yang diingini sebagai Legacy Contact.
4. Akan keluar mesej yang boleh disampaikan kepada pemilik akaun yang ingin kita wariskan dan tap pada send. Siap.
* Info Tambahan:
Untuk membenarkan Facebook memadam akaun kepunyaan anda, pilih Delete After Death. Apabila ada seseorang melaporkan kematian sahabat kepada pihak FB, maka profile akan dipadam. Tetapi, pilihan ini akan memadam Legacy Contact sahabat.

Demikian tip Cara Wariskan Facebook Kepada Orang Lain. Semoga bermanfaat.
2 comment
Write commentBaru tahu bisa di wariskan saya
Replythx infonya mas heheh
Sama-sama..salam kenal dari Malaysia :)
ReplyTerima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon