3 Masalah Skrin Peranti Terlalu Kecil. Dari hari ke hari, semakin banyak peranti dihasilkan. Sama ada dari pengeluar Samsung, Sony, Oppo, LG dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga, pelbagai peningkatan dilakukan dari siri-siri sebelumnya.
Ada juga peranti yang dihasilkan mempunyai paparan saiz skrin terlalu kecil yang mungkin berukuran 4 inci ke bawah. Mungkin peranti berukuran sebegini sedap dipegang dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Namun, timbul juga masalah yang kadang-kadang menyukarkan pengguna di dalam keadaan tertentu. Pertama, tidak sesuai untuk fungsi multimedia. Kedua, mengalami kesukaran apabila bermain games di peranti. Ketiga, saiz tulisan yang terlalu kecil.
MASALAH SKRIN SMARTPHONE TERLALU KECIL
1. Tidak sesuai untuk fungsi multimedia
Tidak dinafikan, sekarang terdapat lambakan peranti yang mempunyai saiz skrin yang amat besar sehingga mencecah 6 inci dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Namun, mungkin ada pengguna yang masih menggunakan peranti lama kerana kekangan kewangan.
Peranti lama yang bersaiz kecil mungkin menyukarkan sahabat untuk menggunakan fungsi multimedia di peranti tersebut seperti menonton video ataupun online streaming. Apabila menonton video di paparan skrin yang terlalu kecil, visual yang dipaparkan juga kelihatan amat kecil.
Skrin kecil tidak sesuai untuk fungsi multimedia. |
Gambar yang kurang jelas dan bersaiz terhad membuatkan kepuasan menonton video menjadi berkurangan. Peranti sebegini juga kurang sesuai untuk ditonton secara beramai-ramai dan paling maksimum untuk ditonton dalam satu-satu masa hanyalah dua orang.
2. Mengalami kesukaran apabila bermain games
Kebanyakan permainan bagi peranti Android memerlukan pemainnya untuk menggunakan skrin apabila bermain. Namun, ruangan untuk menekan button di skrin akan menjadi sedikit sukar untuk ditekan kerana saiz skrin yang terlalu kecil.
Masalah juga timbul apabila ingin menekan di tempat lain tetapi terkena di tempat lain. Situasi ini membuatkan sahabat menjadi kurang berpuas hati dan tidak selesa apabila bermain games menggunakan peranti berskrin kecil.
Sukar untuk bermain games. |
Lebih-lebih lagi, permainan yang berbentuk strategi dan peperangan. Saya sendiri mengalami kesukaran apabila bermain permainan Clash of Clans menggunakan peranti bersaiz kecil. Sukar sekali untuk menekan pada Elixir storage, Gold mine dan objek-objek kecil lain.
Sama juga seperti masalah menonton video, sahabat juga akan mengalami keadaan kurang berpuas-hati kerana gambar di skrin tidak luas untuk dipandang sehingga perlu dekatkan peranti berjampiran mata barulah lebih jelas. Menyukarkan bukan?
3. Saiz tulisan yang terlalu kecil
Ada dalam kalangan sahabat yang menggunakan peranti bagi tujuan membaca word, excel dan sebagainya yang memerlukan proses pembacaan. Akibat skrin yang terlalu kecil, pembacaan juga menjadi tidak memuaskan dan amat terhad.
Proses pengeditan juga tidak dapat dilakukan dengan baik apabila paparan skrin terlalu kecil. Ingin ditekan pada perkataan lain, tetapi tersalah tekan pada perkataan lain. Saiz skrin tidak sesuai dengan saiz jari tangan.
Bagi golongan yang lebih berusia pula, peranti bersaiz kecil bagi saya amatlah tidak sesuai jika mempunyai masalah penglihatan. Bukannya memudahkan, malahan akan lebih menyukarkan mereka. Carilah saiz skrin yang bersesuaian dengan kadar penglihatan mereka.
Kesimpulan
Bagi mengatasi masalah ini, sahabat mungkin boleh perlahan-lahan mengumpul sedikit duit bagi membeli peranti mampu milik yang mempunyai saiz skrin yang lebih besar. Sebagai contoh, peranti keluaran Lenovo dan Leagoo yang boleh didapati di pasaran Malaysia.
Walaupun harga yang dijual tidak semahal peranti premium lain, saiz paparan skrin yang ditawarkan masih dapat menandingi peranti-peranti lain di pasaran. Murah bukan bermakna kurang kualiti. Tanya pada yang pakar sebelum membeli.
1 comment:
Write commentscreen terlalu kecil
ReplyTerima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon