Google Maps Menggunakan Terlalu Banyak Tenaga Bateri? Di sini Penyelesaiannya. Kebiasaannya, aplikasi Google Map telah sedia ada di dalam kebanyakan peranti Android. Aplikasi ini bertujuan untuk mengesan kedudukan peranti, berkongsi lokasi terkini dan sebagainya.
Namun, timbul pula masalah dalam kalangan pengguna mengenai Google Maps di mana aplikasi ini membuatkan bateri habis dengan lebih cepat. Memang tidak dinafikan perkara ini. Google Maps memerlukan tenaga yang tinggi dan kedudukan GPS yang tepat bagi menentukan koordinat yang sebenar.
Oleh itu, OMyDroid ingin berkongsi tip untuk menyelesaikan masalah Google Map Menggunakan Terlalu Banyak Tenaga Bateri ini. Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti tip-tip di bawah.
GOOGLE MAPS MENGGUNAKAN TERLALU BANYAK TENAGA BATERI? DI SINI PENYELESAIANNYA
1. Menghidupkan fungsi 'Battery Saving Mode'
Mungkin ada sahabat yang tidak mahu mematikan fungsi Google Maps ini. Oleh itu, bagi sahabat yang ingin terus menggunakan fungsi ini, anda boleh menghidupkan fungsi Battery Saving Mode bagi mengelakkan Google Maps memakan terlalu banyak kuasa bateri.
Cara untuk menghidupkan fungsi ini adalah cukup mudah. Sahabat boleh pergi ke Settings > Location > Tap pada Mode. Terdapat 3 pilihan yang akan muncul iaitu High Accuracy Battery Saving dan Device only. Pilih Battery Saving untuk menjimatkan penggunaan bateri peranti.
2. Menutup fungsi GPS
Apabila sahabat sentiasa membuka fungsi ini, kuasa bateri yang tinggi juga akan diperlukan. Hidupkan hanya apabila perlu dan matikan GPS apabila tidak digunakan. Perbezaan dalam penggunaan tenaga bateri akan dirasai apabila fungsi GPS ini dimatikan.
Bagi menutup fungsi GPS, slide notification panel ke bawah, expand (jika perlu bagi sesetengah peranti) > Tap pada location sehingga icon tersebut tidak menyala lagi.
3. Mematikan fungsi Google Location History
Fungsi ini digunakan bagi menyimpan kedudukan peranti sahabat sebelum-sebelum ini. Selain itu, Google Location History juga digunakan bagi menjalankan Google Now dengan lebih baik. Jika sahabat merasakan fungsi ini bagaikan tidak diperlukan. Matikan sahaja.
Pergi ke Setting > Location > Google Location History > Tap On menjadi Off
4. Menyahpasang penaiktarafan Google Maps
Jika sahabat merasakan Google Maps versi terkini amat banyak menggunakan tenaga bateri, apa kata kembalikan ke versi asalnya. Caranya adalah dengan menyahpasang penaiktarafan (uninstall update). Pergi ke Settings > Applications > All > Tap pada Google Maps dan Uninstall update.
Demikian tip dari OMyDroid bagi menjimatkan penggunaan bateri semasa menggunakan Google Maps. Semoga bermanfaat.
Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon