3 Masalah Skrin Peranti Terlalu Kecil

1:27:00 PTG 1
3 Masalah Skrin Peranti Terlalu Kecil. Dari hari ke hari, semakin banyak peranti dihasilkan. Sama ada dari pengeluar Samsung, Sony, Oppo, LG dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga, pelbagai peningkatan dilakukan dari siri-siri sebelumnya.

Ada juga peranti yang dihasilkan mempunyai paparan saiz skrin terlalu kecil yang mungkin berukuran 4 inci ke bawah. Mungkin peranti berukuran sebegini sedap dipegang dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Namun, timbul juga masalah yang kadang-kadang menyukarkan pengguna di dalam keadaan tertentu. Pertama, tidak sesuai untuk fungsi multimedia. Kedua, mengalami kesukaran apabila bermain games di peranti. Ketiga, saiz tulisan yang terlalu kecil.

MASALAH SKRIN SMARTPHONE TERLALU KECIL


1. Tidak sesuai untuk fungsi multimedia

Tidak dinafikan, sekarang terdapat lambakan peranti yang mempunyai saiz skrin yang amat besar sehingga mencecah 6 inci dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Namun, mungkin ada pengguna yang masih menggunakan peranti lama kerana kekangan kewangan.

Peranti lama yang bersaiz kecil mungkin menyukarkan sahabat untuk menggunakan fungsi multimedia di peranti tersebut seperti menonton video ataupun online streaming. Apabila menonton video di paparan skrin yang terlalu kecil, visual yang dipaparkan juga kelihatan amat kecil.
saiz skrin kecil
Skrin kecil tidak sesuai untuk fungsi multimedia.

Gambar yang kurang jelas dan bersaiz terhad membuatkan kepuasan menonton video menjadi berkurangan. Peranti sebegini juga kurang sesuai untuk ditonton secara beramai-ramai dan paling maksimum untuk ditonton dalam satu-satu masa hanyalah dua orang.

2. Mengalami kesukaran apabila bermain games

Kebanyakan permainan bagi peranti Android memerlukan pemainnya untuk menggunakan skrin apabila bermain. Namun, ruangan untuk menekan button di skrin akan menjadi sedikit sukar untuk ditekan kerana saiz skrin yang terlalu kecil.

Masalah juga timbul apabila ingin menekan di tempat lain tetapi terkena di tempat lain. Situasi ini membuatkan sahabat menjadi kurang berpuas hati dan tidak selesa apabila bermain games menggunakan peranti berskrin kecil.
skrin kecil
Sukar untuk bermain games.

Lebih-lebih lagi, permainan yang berbentuk strategi dan peperangan. Saya sendiri mengalami kesukaran apabila bermain permainan Clash of Clans menggunakan peranti bersaiz kecil. Sukar sekali untuk menekan pada Elixir storage, Gold mine dan objek-objek kecil lain.

Sama juga seperti masalah menonton video, sahabat juga akan mengalami keadaan kurang berpuas-hati kerana gambar di skrin tidak luas untuk dipandang sehingga perlu dekatkan peranti berjampiran mata barulah lebih jelas. Menyukarkan bukan?

3. Saiz tulisan yang terlalu kecil

Ada dalam kalangan sahabat yang menggunakan peranti bagi tujuan membaca word, excel dan sebagainya yang memerlukan proses pembacaan. Akibat skrin yang terlalu kecil, pembacaan juga menjadi tidak memuaskan dan amat terhad.

Proses pengeditan juga tidak dapat dilakukan dengan baik apabila paparan skrin terlalu kecil. Ingin ditekan pada perkataan lain, tetapi tersalah tekan pada perkataan lain. Saiz skrin tidak sesuai dengan saiz jari tangan.

Bagi golongan yang lebih berusia pula, peranti bersaiz kecil bagi saya amatlah tidak sesuai jika mempunyai masalah penglihatan. Bukannya memudahkan, malahan akan lebih menyukarkan mereka. Carilah saiz skrin yang bersesuaian dengan kadar penglihatan mereka.

Kesimpulan

Bagi mengatasi masalah ini, sahabat mungkin boleh perlahan-lahan mengumpul sedikit duit bagi membeli peranti mampu milik yang mempunyai saiz skrin yang lebih besar. Sebagai contoh, peranti keluaran Lenovo dan Leagoo yang boleh didapati di pasaran Malaysia.

Walaupun harga yang dijual tidak semahal peranti premium lain, saiz paparan skrin yang ditawarkan masih dapat menandingi peranti-peranti lain di pasaran. Murah bukan bermakna kurang kualiti. Tanya pada yang pakar sebelum membeli.

Cara Buat Watak Android Sendiri

12:49:00 PTG 5
Cara Buat Watak Android Sendiri. Selamat tengahari pengunjung OMyDroid. Semoga sihat dan cergas semuanya. Pasti sahabat semua pernah melihat watak Android yang berbentuk kartun bewarna hijau tu kan? 

Sebenarnya, sahabat boleh juga membina watak Android sendiri dengan menggunakan peranti milik sahabat. Sama ada hendak memakai baju, kasut, seluar dan sebagainya mengikut citarasa sendiri. Boleh buat pakai baju kot, t-shirt, gaya rambut yang menarik seperti contoh di bawah.

Cara Buat Watak Android Sendiri

Haa. Hensem tak kartun OMyDroid? Sahabat juga boleh merekanya sendiri. Buat ikut kehendak sendiri dan share kepada kawan-kawan melalui WeChat, Whatsapp, Facebook dan laman sosial lain. Selain itu, boleh juga dibuat sebagai logo kan. 

Bagi sahabat yang nak membina character Android sendiri, boleh ikuti tutorial yang saya sediakan di bawah. Serlahkan kreativiti sahabat.

BINA WATAK ANDROID ANDA SENDIRI


1. Muat turun aplikasi Androidify di Google PlayStore. Download Androidify
2. Buka aplikasi Androidify dan pilih warna Android yang sahabat inginkan. Saya gemar warna hijau Android yang asal, jadi kekal sahaja. Hehe

bina android sendiri

3. Pilih pakaian, kasut dan lain-lain mengikut kreativiti sendiri.
4. Selesai membina Android, tap pada tanda right dan boleh share kepada kawan-kawan. Haa. Menarik kan.

doodle android

MASALAH CRASH APABILA MEMBUKA ANDROIDIFY


Setelah selesai muat turun aplikasi Androidify, berkemungkinan ada sahabat yang mengalami masalah crash di mana aplikasi ini tidak dapat dibuka dan tertutup dengan sendirinya. Masalah ini boleh diselesaikan dengan beberapa langkah.

Pergi ke Settings > Skrol ke bawah dan tap pada Developer option > Untick Force GPU Rendering.

Selesai sudah tip dari OMyDroid. Semoga perkongsian di atas dapat menolong sahabat yang sedang mencari cara bagaimana nak membina watak Android kepunyaan sendiri. Semoga berguna.

Cara Menyahaktifkan Facebook Melalui Android

5:36:00 PTG 2
Cara Menyahaktifkan Facebook Melalui Android. Tidak dinafikan, Facebook merupakan sebuah laman sosial yang penuh dengan fungsi-fungsi menarik seperti dapat membina page, menyertai group, berkenalan dengan rakan baharu dan sebagainya.

Lebih menarik lagi, laman sosial ini boleh digunakan tanpa membuat sebarang bayaran. Tambahan pula, sudah menjadi satu trend Facebook menjadi salah satu medium untuk sesetengah peniaga memasarkan produk mereka.

tutup facebook

Namun, walaupun pelbagai fungsi menarik telah dimasukkan ke dalam Facebook, mungkin ada dalam kalangan sahabat yang ingin menutup akaun Facebook kerana atas dasar privasi, keselamatan dan sebab-sebab lain.

Mungkin juga atas sebab akaun lama telah sudah tidak digunakan dan ingin berpindah ke akaun yang baharu. Oleh itu, bagi yang ingin mematikan akaun FB, silakan ikuti langkah di bawah:

TUTUP AKAUN FACEBOOK MENGGUNAKAN PERANTI ANDROID


1. Buka aplikasi Facebook di peranti sahabat.
2. Slide sehingga ke paling kanan atau tap sahaja pada icon hamburger (bergaris tiga).
3. Skrol sehingga ke bawah dan tap pada Account Settings.
4. Tap pada Security dan paparan security settings akan keluar.
5. Tap pada Deactivate dan masukkan password.
6. Tekan continue dan siap!

Cara Menyahaktifkan Facebook Melalui Android

Senang sahaja bukan? Tidak perlu untuk login Facebook menggunakan apa-apa pelayar, guna sahaja aplikasi Facebook yang telah dimuat-turun di dalam peranti sahabat. Sekian dari saya, diharap tip di atas dapat memberi manfaat kepada semua.

Demikian tip Cara Menyahaktifkan Facebook Melalui Android. Semoga dengan penerangan ini dapat menyelesaikan kekusutan sahabat semua.

Undian Best Content Blog 2016

5:59:00 PTG 0
Undian Best Content Blog 2016. Akhirnya, undian bagi Malaysia Social Media Week Awards 2016 (MSMW) telah dibuka bermula 2 Februari sehingga 21 Februari 2016. Ramai rakan-rakan blogger yang turut sama menyertai bagi meraih gelaran bagi kategori masing-masing.

Tidak ketinggalan, OMyDroid juga turut sama-sama menyertai contest ini bagi kategori Best Content Blog MSMW2016 dan memang ramai blogger yang bersaing di dalam kategori ini. Terasa amat kecil sekali berada dalam kalangan mereka.

Undian Best Content Blog 2016

Jika sahabat merasakan blog saya layak di dalam kategori ini, dengan rasa rendah diri saya mengucapkan ribuan terima kasih atas undian yang diberikan. Sahabat boleh membuat undian di link di bawah yang akan saya masukkan. Pastikan login menggunakan Facebook bagi membuat undian.

UNDIAN BEST CONTENT BLOG 2016


Tekan butang vote bagi membuat undian. Daripada warna hijau akan bertukar merah jika undian dilakukan. Setiap kategori hanya boleh membuat satu undian sahaja dan diharapkan sahabat menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.
best blog content
OMyDroid

Pilihlah dengan sebetulnya bagi setiap kategori. Setiap undian diberikan kepada saya, saya dahului dengan jutaan terima kasih.

3 Jenis Pengguna Android Menurut OMyDroid

10:55:00 PG 1
3 Jenis Pengguna Android Menurut OMyDroid. Android ialah sebuah sistem operasi yang amat popular pada ketika ini. Kebanyakan peranti juga dijalankan oleh sistem operasi Android membuatkan pengguna Android mempunyai pelbagai ragam dan sikap masing-masing.

Peranti Android juga mampu dimiliki tidak kira oleh golongan berusia mahupun remaja. Harga yang mampu milik membuatkan semakin hari semakin ramai pengguna menggunakan peranti Android. Ada yang membeli peranti Android berharga ribuan ringgit dan ada yang mengikut kemampuan.

Bagi yang ingin mengenali 3 Jenis Pengguna Android, silakan meneruskan pembacaan.

3 JENIS PENGGUNA ANDROID MENURUT OMYDROID


1. Pengguna Baharu (Newbie)


Ada dalam kalangan sahabat mungkin pertama kali membeli dan menggunakan peranti Android membuatkan sedikit janggal. Golongan ini berkemungkinan hanya menggunakan peranti bagi tujuan mesej, membuat panggilan, berwhatsapp dan hanya perkara-perkara asas.

Keadaan ini mungkin disebabkan kerana kurang lagi mengetahui fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam peranti Android. Mereka juga akan memuat turun aplikasi yang popular dan menjadi bualan dalam kalangan rakan-rakan sahaja. Apabila nampak rakan-rakan bermain, barulah ingin mencuba.

3 Jenis Pengguna Android Menurut OMyDroid

Kadang-kadang, bagi golongan newbie juga mereka terpinga-pinga ingin mencari di manakah kesemua aplikasi mereka berada. Mungkin sebelum ini mereka pernah menggunakan peranti lain yang hanya perlu slide ke tepi bagi mencari menu berbanding Android yang kebanyakannya perlu menekan button menu terlebih dahulu.

2. Pengguna Yang Sentiasa Ingin Mencuba 


Lama kelamaan selepas menggunakan peranti Android, golongan newbie mungkin akan menjadi seorang pengguna yang selalu ingin mencuba perkara baharu melalui peranti mereka. Ada yang sentiasa melakukan pengubahsuaian setting untuk melajukan Android, menjimatkan penggunaan bateri dan sebagainya.

Golongan ini juga mungkin menjadi rujukan apabila peranti kawan-kawannya mempunyai masalah dan perlu dibaiki segera. Bagi kerosakan software mungkin tidak menjadi masalah untuk membaiki tersebut contohnya kawan meminta tolong format peranti kepunyaan mereka.

3 Jenis Pengguna Android Menurut OMyDroid

Bagi yang lebih advance pula, mereka akan mencuba untuk melakukan proses Root peranti mereka dan mengubahsuai peranti mengikut kehendak sendiri. Melakukan unlockbootloader, memasukkan ROM lain, membuang bloatware dan sebagainya yang masih belum diketahui oleh pengguna newbie.

Golongan ini juga akan melalui peranti mereka tidak dapat di on, hanya keluar paparan skrin hitam, kehilangan Google Play Store dan sebagainya masalah yang muncul, Tetapi, masalah ini mungkin berlaku kerana gagal untuk melakukan pengubahsuaian ke atas Android mereka.

Namun, semua itu akan menjadi pengajaran kepada mereka dan penyelesaian akan dicari di enjin carian Google atau bertanya kepada yang lebih pakar. Lama-kelamaan akan menjadi semakin pakar untuk mengubahsuai Android/

3. Pengguna Android Yang Tahu Segalanya


Golongan ini adalah kumpulan yang sentiasa mengikuti isu-isu semasa berkaitan sistem operasi Android, peranti baharu yang bakal dikeluarkan, aplikasi yang sedang popular dan sebagainya yang berkaitan dengan Android. Mereka juga menjadi rujukan rakan-rakan untuk mendapatkan info.

Minat yang mendalam terhadap dunia teknologi mungkin menyebabkan sahabat termasuk dalam golongan ini. Ada yang sanggup melanggan majalah bulanan bagi mengikuti perkara terkini berkaitan teknologi dan Android.

3 Jenis Pengguna Android Menurut OMyDroid

Bagi yang lebih berkemampuan untuk membuat langganan internet, mereka mungkin akan melayari YouTube dan mengikuti channel YouTube popular berkaitan teknologi, Contohnya seperti channel MKBHD, Android Authority, Beginners Tech dan Tim Schofield (Qbking77).

Demikian perkongsian 3 Jenis Pengguna Android Menurut OMyDroid. Semoga semuanya bermanfaat. Apa pula pandangan sahabat, masih adakah golongan lain?

Google Maps Menggunakan Terlalu Banyak Tenaga Bateri? Di sini Penyelesaiannya

11:04:00 PG 0
Google Maps Menggunakan Terlalu Banyak Tenaga Bateri? Di sini Penyelesaiannya. Kebiasaannya, aplikasi Google Map telah sedia ada di dalam kebanyakan peranti Android. Aplikasi ini bertujuan untuk mengesan kedudukan peranti, berkongsi lokasi terkini dan sebagainya.

Namun, timbul pula masalah dalam kalangan pengguna mengenai Google Maps di mana aplikasi ini membuatkan bateri habis dengan lebih cepat. Memang tidak dinafikan perkara ini. Google Maps memerlukan tenaga yang tinggi dan kedudukan GPS yang tepat bagi menentukan koordinat yang sebenar.

maps

Oleh itu, OMyDroid ingin berkongsi tip untuk menyelesaikan masalah Google Map Menggunakan Terlalu Banyak Tenaga Bateri ini. Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti tip-tip di bawah.

GOOGLE MAPS MENGGUNAKAN TERLALU BANYAK TENAGA BATERI? DI SINI PENYELESAIANNYA


1. Menghidupkan fungsi 'Battery Saving Mode'


Mungkin ada sahabat yang tidak mahu mematikan fungsi Google Maps ini. Oleh itu, bagi sahabat yang ingin terus menggunakan fungsi ini, anda boleh menghidupkan fungsi Battery Saving Mode bagi mengelakkan Google Maps memakan terlalu banyak kuasa bateri.

Cara untuk menghidupkan fungsi ini adalah cukup mudah. Sahabat boleh pergi ke Settings > Location > Tap pada Mode. Terdapat 3 pilihan yang akan muncul iaitu High Accuracy Battery Saving dan Device only. Pilih Battery Saving untuk menjimatkan penggunaan bateri peranti.

saving gps

2. Menutup fungsi GPS


Apabila sahabat sentiasa membuka fungsi ini, kuasa bateri yang tinggi juga akan diperlukan. Hidupkan hanya apabila perlu dan matikan GPS apabila tidak digunakan. Perbezaan dalam penggunaan tenaga bateri akan dirasai apabila fungsi GPS ini dimatikan.

Bagi menutup fungsi GPS, slide notification panel ke bawah, expand (jika perlu bagi sesetengah peranti) > Tap pada location sehingga icon tersebut tidak menyala lagi.

3. Mematikan fungsi Google Location History


Fungsi ini digunakan bagi menyimpan kedudukan peranti sahabat sebelum-sebelum ini. Selain itu, Google Location History juga digunakan bagi menjalankan Google Now dengan lebih baik. Jika sahabat merasakan fungsi ini bagaikan tidak diperlukan. Matikan sahaja.

Pergi ke Setting > Location > Google Location History > Tap On menjadi Off

google location

4. Menyahpasang penaiktarafan Google Maps


Jika sahabat merasakan Google Maps versi terkini amat banyak menggunakan tenaga bateri, apa kata kembalikan ke versi asalnya. Caranya adalah dengan menyahpasang penaiktarafan (uninstall update). Pergi ke Settings > Applications > All > Tap pada Google Maps dan Uninstall update.

Demikian tip dari OMyDroid bagi menjimatkan penggunaan bateri semasa menggunakan Google Maps. Semoga bermanfaat.