Cara Kesan Di Mana Android Anda

12:53:00 PG
Cara Kesan Di Mana Android Anda. Bukan menjadi satu perkara pelik apabila sahabat lupa di mana terletaknya peranti Android. Rasa seperti baharu sahaja memegangnya dan tiba-tiba lupa dimanakah peranti tersebut.

Saya sendiri pun pernah melalui situasi ini. Dicari-cari tetap tak menjumpai di mana terletaknya peranti tersebut. Tiba-tiba terjumpa sahaja di mana-mana. Amat menyulitkan bukan? Pening memikirkan di mana hilangnya peranti tersebut.

Apabila menghadapi masalah ini, saya ingin mencadangkan sebuah aplikasi dari Play Store. Aplikasi yang dicadangkan adalah Lost Android yang dibangunkan oleh Theis Borg. Di bawah ini saya akan menerangkan langkah-langkah untuk mengesan Android anda.

Langkah-langkah:

1. Download aplikasi Lost Android dari Play Store. Download.
2. Buka aplikasi Lost Android dan ikuti step di bawah:

Cara Kesan Di Mana Android Anda

3. Buka laman web Android Lost menggunakan laptop dan log in dengan Gmail yang anda gunakan pada peranti Android anda. Apabila berjaya log in, pop up akan keluar seperti gambar di bawah:

Cara Kesan Di Mana Android Anda

4. Bagi menggunakan fungsi mengesan Android anda, pergi ke link ini dan cari perkataan Location, tekan Send Location. Satu pop up akan keluar menunjukkan kedudukan Android anda.

Cara Kesan Di Mana Android Anda

5. Anda boleh cuba lagi pelbagai fungsi-fungsi menarik yang terdapat di laman web Android Lost ini.

Semoga perkongsian ringkas saya di atas dapat menyelesaikan masalah sahabat apabila terlupa atau kehilangan peranti Android. Muat turun sebelum terlambat. Adakah ingin menunggu nasi menjadi bubur dahulu?

Itu sahaja dari OMyDroid. Semoga membantu. Silakan share tutorial ini :)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon