Aplikasi Kewangan Terbaik untuk Pelajar (Android)

10:33:00 PG
Aplikasi Kewangan Terbaik untuk Pelajar (Android). Anda pelajar? Mungkin dengan timbunan tugasan yang diberikan membuat sahabat semua sibuk dan tidak sempat untuk mencatat transaksi masuk keluarnya duit.

Tiba-tiba, tengok dalam dompet dan tinggal sekeping sahaja duit RM10. Bermain dalam benak fikiran, kemana pergi duit yang lain. Padahal sudah digunakan untuk berbelanja dan mungkin ada duit yang digunakan dengan secara boros dan membazir.

Bagi mengatasi masalah ini, satu aplikasi Android yang dibangunkan oleh CLEEVIO s.r.o.ingin saya cadangkan iaitu Spendee.

Kelebihan aplikasi Spendee:

1. Anda boleh menyimpan semua data kewangan secara atas talian (online). Apabila aplikasi ini dimuat turun, pastikan anda sign up dan sign in bagi menggunakan fungsi menarik ini.
2. Boleh ditetapkan wallet yang berlainan kategori contohnya Wallet untuk keluarga dan untuk Bisnes. Tekan sahaja pada Create New Wallet.
3. Boleh ditetapkan currency mengikut apa yang dikehendaki seperti Malaysia Ringgit (MYR).

Aplikasi Kewangan Terbaik untuk Pelajar (Android)

4. Mempunyai fungsi Expense dan Income bagi mengenalpasti keluar masuk duit anda. Menariknya turut disertakan kategori yang sesuai seperti Car, Travel, Bills dan sebagainya.

Aplikasi Kewangan Terbaik untuk Pelajar (Android)

5. Perbelanjaan dan income turut boleh dipersembahkan di dalam bentuk graf yang menarik. Pilih sahaja pada Overview dan anda akan dipersembahkan gambar rajah seperti di bawah. Adanya total expense dan juga total income.

Spendee

Menarik bukan? Anda boleh mendapatkannya di Playstore tanpa sebarang bayaran. Download Spendee. Silakan share :)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon