Cara Sembunyikan Fail Android. Di dalam peranti Android sahabat mungkin ada fail, gambar, video, lagu dan sebagainya yang ingin lebih di privasikan dari pengetahuan umum atas sebab-sebab tertentu. Jadi apa yang perlu dibuat?
Bagi menyembunyikan (hide) fail seperti gambar, video dan lagu, aplikasi yang saya ingin cadangkan adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Matthew Kwan iaitu SECRECY - Encrypt/Hide Files α.
Cara sembunyikan fail Android:
1. Muat turun aplikasi SECRECY daripada Play Store: Download
2. Buka aplikasi SECRECY dan tap pada tanda + create New Vault. Isikan mengikut apa yang ada inginkan.
3. Selepas siap Create New Vault, buka Gallery anda atau file manager dan pilih fail yang anda ingin sembunyikan. Tap pada share dan pilih Import Files to Secrecy.
4. Pilih pada Folder yang anda buat tadi dan masukkan password.
5. Buka kembali Gallery anda, dan lihat. Sudah tiada gambar yang disembunyikan tadi.
Mudah bukan? Saya harap dengan perkongsian aplikasi ini dapat membantu sahabat bagi menyembunyikan fail-fail tertentu daripada dilihat oleh orang lain. Semoga bermanfaat. Silakan share tutorial Cara Sembunyikan Fail Android ini :)
Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon