Mengatasi Masalah Penggunaan RAM (Android)

3:30:00 PTG
Mengatasi Masalah Penggunaan RAM (Android). Pengguna peranti Android Low End atau Middle End biasanya akan mengalami masalah penggunaan RAM yang terlalu banyak pada smartphone mereka. Penggunaan RAM yang menghampiri had kadang-kadang menimbulkan masalah lag kepada pengguna Android.

Namun, terdapat banyak aplikasi yang boleh didapati di Play Stores bagi menghentikan background process pada peranti mudah alih anda, tetapi bagi yang tidak mahu menggunakan 3rd party apps, anda boleh membuat had bagi background process smartphone anda dengan mudah sekali!

Bagaimana ingin mengatasi masalah ini tanpa menggunakan aplikasi dari pihak ketiga?

Bagi yang ingin mengatasi masalah ini, boleh cuba cara di bawah:

1. Pergi ke Setting smartphone anda, tap pada About, tap pada Software Information.
2. Setelah sampai pada bahagian Software Information, anda akan lihat ada perkataan Build Number. tap pada Build Number sebayak 7-8 kali bagi mengeluarkan fungsi Developer.
3. Tekan back sehingga sampai ke bahagian Setting, akan muncul satu pilihan baharu iaitu Developer Option.

Mengatasi Masalah Penggunaan RAM (Android)

4. Tap pada Developer Options dan skrol ke bawah sehingga dan tap pada background process limit, maka akan keluar seperti pilihan di bawah:

Mengatasi Masalah Penggunaan RAM (Android)

5. Anda boleh pilih berapa banyak Background Process pada satu-satu masa yang dijalankan pada smartphone anda. Siap!

Mudah bukan? Jika sahabat merasakan artikel ini memberi manfaat, silakan share kepada rakan-rakan yang lain juga :)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 comment

Write comment

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon