Tidak dinafikan terdapat pelbagai aplikasi pihak ketiga yang menjadi pilihan pengguna smartphone Android bagi menggantikan pemain muzik asal mereka. Penggantian kepada pemain muzik lain mungkin disebabkan oleh masalah lag, kurangnya features menarik dan menggunakan RAM yang terlalu banyak.
Di bawah ini saya akan mencadangkan satu aplikasi pemain muzik terbaik Android yang menjadi pilihan, iaitu Phonograph Music Player. Walaupun masih di aras Beta, namun features yang ditawarkan boleh dikatakan setanding dengan pemain muzik lain.
Kelebihan Phonograph Music Player:
1. Saiz aplikasi yang kecil iaitu hanya 2.1MB ( Versi 0.9.18b )
2. Antara muka yang kemas dan mudah difahami.
3. Boleh diletakkan widget seperti pemain muzik lain.
4. Dilengkapi pilihan Equalizer dan pengguna boleh memilihnya mengikut kesusaian.
5. Memuat turun maklumat artis dan album dengan automatik.
6. Boleh diakses dengan mudah di bahagian status bar.
Serta pebagai lagi kelebihan yang terdapa pada Phonograph Music Player ini. Bagi yang ingin memuat turun aplikasi ini, boleh mendapatkannya secara percuma di Play Store. Download Phonograph Music Player Beta.
Diharapkan dengan cadangan aplikasi muzik ini dapat memudahkan sahabat bagi memilih pemain muzik yang benar-benar bagus dari Play Store. Sahabat sudah sedia maklum di dalam Play Store terdapat beratus dan mungkin beribu pemain muzik yang dibangunkan oleh developer.
Diharapkan dengan cadangan aplikasi muzik ini dapat memudahkan sahabat bagi memilih pemain muzik yang benar-benar bagus dari Play Store. Sahabat sudah sedia maklum di dalam Play Store terdapat beratus dan mungkin beribu pemain muzik yang dibangunkan oleh developer.
Sekian dahulu daripada OMyDroid. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon