Browser Privasi Terbaik Android (Incognito)

11:59:00 PG 0
Ada kala sahabat mungkin ingin melayari internet dengan lebih privasi tanpa meninggalkan sebarang history dan cookies. Tetapi, mungkin agak menyusahkan jika setiap kali melayari internet ingin memadam semua data-data ini. Agak menyukarkan bukan?

Oleh itu, saya ingin berkongsi sebuah pelayar yang telah saya gunakan dan berjalan dengan  baik sekali. Saiz aplikasi ini juga amat ringan. Tambahan pula, semua history dan data-data berkaitan akan terus dibuang seleps selesai sahabat menggunakan browser ini. Amat memudahkan dan menarik.

Fungsinya, masih tetap sama iaitu untuk melayari internet. Jadi, sahabat semua tidak perlu risau untuk mencari maklumat di Google, Yahoo atau menonton video di YouTube dengan lebih selamat tanpa meninggalkan jejak.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah mudah di bawah:

BROWSER PRIVASI TERBAIK ANDROID (INCOGNITO)


1. Muat turun aplikasi Dolphin Zero Incognito Browser dari Google Playstore. Download
2. Buka aplikasi tersebut dan layari internet seperti biasa. 
* Sahabat boleh memilih search engine sama ada Yahoo, Google dan sebagainya di sudut atas kiri browser.
3. Apabila keluar dari browser, maka semua maklumat privasi pengguna akan dipadam serta merta.

Browser Privasi Terbaik Android (Incognito)

Perkongsian pelayar web di atas diharapkan dapat membantu sahabat untuk melayari internet dengan lebih selamat dan privasi. Demikian perkongsian Browser Privasi Terbaik Android (Incognito). Bagi sahabat yang gemarkan pelayaran internet secara privasi, semoga bermanfaat.

Cara Memindahkan Contact ke Sd Card (Android)

11:41:00 PG 0
Bimbang kenalan di dalam peranti hilang begitu sahaja? Apa kata sahabat membuat backup terlebih dahulu sebelum terlambat pada hari kemudian. Mungkin tersalah delete ataupun tersilap edit membuatkan sahabat khuatir untuk mencari semula nombor tersebut.

Backup contact ini juga perlu dilakukan sebelum membuat format ke atas peranti sahabat kerana setelah format dijalankan, semua kenalan di dalam memori smartphone juga akan terpadam. Selain boleh membuat backup ke akaun GMail, apa kata sahabat backup juga ke dalam SD Card.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA MEMINDAHKAN CONTACT KE SD CARD ANDROID


1. Pergi ke Contacts > Buka Menu > Pilih Import/Export 
2. Tap pada Export to Sd Card dan prosesnya akan bermula.
* Sesetengah smartphone pilihannya adalah Export to storage device, tap pada Export to storage device, pada bahagian storage pilih SD Card

Cara Memindahkan Contact ke Sd Card (Android)

3. File yang telah dibackup juga dapat direstore semula ke dalam peranti, pergi ke File Manager > Pilih Fail yang disimpan (format .vcf) > Import Contacts

Cara Memindahkan Contact ke Sd Card (Android)

Mudah kan? Tanpa memerlukan sebarang bantuan daripada aplikasi luar, kenalan di dalam peranti dapat dipindahkan ke dalam SD Card dengan jayanya. Jika sahabat merasakan tip kali ini memberi menfaat, silakan share juga kepada rakan-rakan yang lain.

Demikian sahaja tutorial Cara Memindahkan Contact ke Sd Card (Android), semoga bermanfaat dan jika ada sebarang persoalan boleh meninggalkan komen di ruangan bawah post ini.

Cara Mendapatkan Topup Percuma (Android)

8:01:00 PTG 4
Cara Mendapatkan Topup Percuma (Android). Banyak aplikasi di Google Play Store yang menjanjikan ganjaran apabila sahabat melakukan apa yang dikehendaki oleh mereka. Sebagai contoh, sahabat perlu menjawab survey dan memuat-turun aplikasi yang diminta.

Namun, pasti ada dalam kalangan kita yang tertanya-tanya. Betul ke semua ni? Tak kan semudah itu nak dapat ganjaran. Sesuatu perkara tidak tahu keputusannya selagi kita tak mencuba kan. Tak begitu? Hehe.

Baiklah, kali ini OMyDroid ingin berkongsi sebuah aplikasi yang telah ramai digunakan oleh pengguna Android untuk mendapatkan reload secara percuma. Ya, percuma tanpa sebarang bayaran. Namun, sahabat perlulah sedikit korbankan kuota untuk melakukan apa yang dikendaki.

Kuota? Kuota mobile data perlu digunakan untuk melakukan proses memuat turun recommended application. Tetapi, jika menggunakan sambungan wifi, ada sesetengahnya yang tidak ada kuota. Jadi, gunakan peluang itu.

Cara Mendapatkan Topup Percuma (Android)

Tanpa berlengah lagi, saya akan menerangkan langkah-langkahnya seperti di bawah.

Tak susah, hanya perlu install aplikasi, sahabat akan dapat sejumlah wang Ringgit Malaysia (RM). Jumlah wang yang lebih banyak anda akan peroleh apabila mengajak orang lain untuk melakukan memuat turun aplikasi ini. 

Cara Mendapatkan Topup Percuma (Android)

1. Install aplikasi mCent dari Play Store menggunakan smartphone anda. Download mCent
2. Buka aplikasi mCent dan sign up untuk mengesahkan nombor telefon milik anda.
3. Setelah selesai, paparan seperti di bawah akan muncul dan pastikan sahabat Install mana-mana aplikasi yang diinginkan dan ikuti langkah-langkah yang telah diajar.

Cara Mendapatkan Topup Percuma (Android)

4. Setelah anda mengikuti langkah-langkah yang diajar, maka wang tersebut akan masuk ke akaun anda. Siap!

Jumlah wang yang lebih banyak anda akan peroleh apabila mengajak orang lain untuk memuat turun aplikasi mCent, klik sahaja pada ikon plus akan keluar cara untuk anda share referral anda.

Di bawah ini adalah contoh jumlah wang yang berjaya saya dapat dan topup yang berjaya saya lakukan. Jumlah minima untuk melakukan topup adalah topup berjumlah RM5. Tambah GST RM0.30. Sedikit je kan? :D

Cara Mendapatkan Topup Percuma (Android)'

Siap! Haa..Mudah sahaja bukan? Daripada kita memuat turun aplikasi tanpa sebarang bayaran, kali ini kita sudah mengetahui untuk mendapatkan sejumlah wang apabila menggunakan sesebuah aplikasi. Cepat kumpul dan dapatkan topup percuma pertama pada peranti Android anda! :D

Cara Ukur Denyutan Jantung (Android)

12:28:00 PG 0
Cara Ukur Denyutan Jantung (Android). Bagi sahabat yang mementingkan kesihatan tubuh badan pasti ingin mengetahui kadar denyutan jantung diri sendiri. Kini, tanpa perlu ke hospital atau menggunakan sebarang alat tambahan, sahabat boleh melakukannya sendirian.

Tidak perlu berasa bimbang kerana peranti tidak semahal peranti lain yang mampu mengukur denyutan jantung menggunakan peranti kepunyaan mereka. Sebenarnya, peranti sahabat juga mampu untuk melakukan perkara yang sama.

Caranya mudah sahaja tanpa perlu membeli peranti baharu pun sahabat boleh melakukannya, saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk mengukur denyutan jantung atau nadi anda seperti di bawah.

Cara Ukur Denyutan Jantung Menggunakan Android

1. Muat turun aplikasi Instant Heart Rate dari Playstore. Download Instant Heart Rate
2. Buka aplikasi Instant Heart Rate dan anda akan melihat paparan seperti di bawah.
3. Letakkan jari anda seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah dan tunggu sehingga aplikasi Instant Heart Rate mengukur denyutan jantung.

Cara Ukur Denyutan Jantung (Android)

4. Setelah selesai, keputusan denyutan jantung akan keluar dan anda boleh menyemaknya pada tab ke dua, apakah maksud di sebalik kadar denyutan tersebut.

Cara Ukur Denyutan Jantung (Android)

Mudah bukan? Perkongsian di atas diharapkan dapat membantu sahabat semua untuk lebih bersungguh-sungguh dan peka dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Semoga tip android ini bermanfaat buat sahabat. Muat turunnya sekarang secara percuma di Play Store :)