Ada kala sahabat mungkin ingin melayari internet dengan lebih privasi tanpa meninggalkan sebarang history dan cookies. Tetapi, mungkin agak menyusahkan jika setiap kali melayari internet ingin memadam semua data-data ini. Agak menyukarkan bukan?
Oleh itu, saya ingin berkongsi sebuah pelayar yang telah saya gunakan dan berjalan dengan baik sekali. Saiz aplikasi ini juga amat ringan. Tambahan pula, semua history dan data-data berkaitan akan terus dibuang seleps selesai sahabat menggunakan browser ini. Amat memudahkan dan menarik.

Fungsinya, masih tetap sama iaitu untuk melayari internet. Jadi, sahabat semua tidak perlu risau untuk mencari maklumat di Google, Yahoo atau menonton video di YouTube dengan lebih selamat tanpa meninggalkan jejak.
Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah mudah di bawah:
BROWSER PRIVASI TERBAIK ANDROID (INCOGNITO)
1. Muat turun aplikasi Dolphin Zero Incognito Browser dari Google Playstore. Download
2. Buka aplikasi tersebut dan layari internet seperti biasa.
* Sahabat boleh memilih search engine sama ada Yahoo, Google dan sebagainya di sudut atas kiri browser.
3. Apabila keluar dari browser, maka semua maklumat privasi pengguna akan dipadam serta merta.
Perkongsian pelayar web di atas diharapkan dapat membantu sahabat untuk melayari internet dengan lebih selamat dan privasi. Demikian perkongsian Browser Privasi Terbaik Android (Incognito). Bagi sahabat yang gemarkan pelayaran internet secara privasi, semoga bermanfaat.
Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon