Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password

10:12:00 PG
Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password. Bagaimana nak menggunakan internet tanpa memberi password? Ya ada caranya untuk memudahkan sahabat daripada mengulangi jawapan yang sama setiap kali orang lain bertanyakan kata laluan wifi.

Datang seorang bertanyakan kata laluan. Datang seorang lagi pula turut bertanya perkara yang sama dan kadang-kadang mungkin membuatkan sahabat merasa sedikit terganggu dengan pengulangan soalan yang sam sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, saya ingin berkongsi Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password/Kata laluan. Tip ini amat mudah sekali dan sahabat semua boleh bertanya di ruangan komen jika mempunyai sebarang persoalan.

Bagi sahabat yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah-langkah di bawah ini:

CARA BERKONGSI WIFI TANPA MEMBERI PASSWORD


1. Pergi ke laman web QR Code Generator menggunakan laptop atau smartphone Android anda. 
2. Isikan maklumat Wifi sahabat di dalam ruangan yang disediakan dan setelah siap, tekan button download.

Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password

3. Paparan Download akan keluar dan pilih sama ada ingin disimpan di dalam format JPEG atau PNG. QR Code telah siap untuk digunakan.

Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password
Sahabat boleh menampal QR Code wifi di dinding berhampiran wifi dan apabila kawan-kawan meminta password, hanya meminta mereka untuk scan QR code ini menggunakan smartphone. Tanpa perlu memasukkan kata laluan, wifi akan disambung secara automatik.

Di bawah ini saya menunjukkan bagaimana cara ini berfungsi dengan hanya mengimbas QR Code sahaja. Pada gambar pertama, sambungan wifi masih lagi Secured dan selepas di imbas QR Code, sahabat perlu tap pada Connect dan BOOM! Connect secara automatiknya.

Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password
Saya menggunakan aplikasi QR & Barcode Scanner dari Play Store.
Demikian Cara Berkongsi Wifi Tanpa Memberi Password. Semoga bermanfaat.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon