Cara Aktifkan Widget Pada Lockscreen. Sahabat ingin mengetahui sesuatu info dengan lebih cepat melalui peranti Android? Mungkin info ini berbentuk widget dan diletakkan pada paparan utama peranti sahabat.
Ada kala terasa sedikit sukar apabila ingin melihat sesebuah widget, perlu dibuka dahulu lockscreen atau skrin kunci barulah dapat melihatnya. Menjadi lebih mudah bukan jika setelah kita membuka lockscreen terus dapat melihat widget tersebut.
Contoh widget adalah widget pemain muzik, kalendar, E-mail, waktu solat dan sebagainya yang menunjukkan info atau maklumat berbentuk mini mengenai sesebuah aplikasi Android. Fungsi ini amat menarik dan memudahkan pengguna Android.
Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:
CARA AKTIFKAN WIDGET PADA LOCKSCREEN
1. Pergi ke Setting > Security..
2. Tap pada "Enable Widget"
3. Lock Smartphone sahabat dan unlock.
4. Pada Lockscreen, swipe ke kanan dan tap pada icon +, maka akan keluar pilihan widget seperti dibawah.
5. Sebagai contoh saya memilih widget MySolat dan BOOM!
Tanpa perlu membuka lockscreen, sahabat terus boleh melihat widget yang dipasang. |
* Bagaimana nak membuangnya kembali? Sahabat hanya perlu tekan lama-lama pada widget tersebut dan slide ke atas (Remove).
Demikian Tips Android Cara Aktifkan Widget Pada Lockscreen. Apabila widget diletakkan pada lockscreen diharapkan dapat menyenangkan sahabat untuk mengetahui sesuatu info melalui peranti Android. Semoga bermanfaat.
Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon