Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV

5:32:00 PTG
Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV. Sahabat mempunyai peranti yang tidak digunakan? Mengapa tidak digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Salah satunya adalah dengan memanfaatkannya melalui penggunaan menjadi kamera litar tertutup.

Handphone Android tersebut boleh digunakan sebagai kamera keselamatan (CCTV) dan diletakkan di kawasan tertentu seperti di rumah sahabat semua. Kewangan sahabat juga dapat dijimatkan.

Apa yang diperlukan:

* Pastikan sahabat mempunyai smartphone Android sebagai kamera dan laptop atau PC sebagai skrin untuk melihat rakaman.
* Sambungan wifi yang sama diperlukan di antara peranti dan laptop. Tak ada wifi? Tak menjadi masalah, boleh hotspot dari hp ke laptop sahabat.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

GUNAKAN SMARTPHONE ANDROID SEBAGAI CCTV


1. Pastikan sahabat memenuhi syarat di atas apa yang diperlukan.
2. Muat turun IP Webcam dari Google Playstore ke dalam smartphone. Download IP Webcam
3. Selesai download, buka aplikasi IP Webcam, skrol ke bawah dan tap pada Start Server.

Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV

4. Setelah tap pada Start Server, maka akan keluar paparan seperti di bawah. Salin alamat IP address yang saya petakkan di dalam Browser menggunakan laptop sahabat. Taipkan di dalam browser sama ada menggunakan Chrome, Mozilla dan sebagainya dan tekan Enter.

Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV
* Alamat IP ini mungkin berbeza mengikut sambungan wifi masing-masing.
Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV
Jika gambar tidak fokus, Tap pada Actions dan pilih Focus.

5. Setelah dimasukkan IP address pada laptop, pada laptop sahabat akan keluar paparan seperti di bawah. Pada pilihan Video Renderer dan Audio Player pilih flash dan rakaman akan dimulakan.

Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV
Setting dapat diubah mengikut keselesaan.
6. Selesai sahaja rakaman dilakukan, sahabat boleh melihatnya kembali di browser pada tab Video Archive. 

Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV
Pilih mana-mana video dan play.
7. Selesai sudah. Siap.

Demikian tips Android Gunakan Smartphone Android Sebagai CCTV. Semoga bermanfaat.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 comment

Write comment
diana
AUTHOR
17 Disember 2015 pada 10:32 PTG delete

Wah bestnya blog ni pasal android. Tak tahu pun boleh jadi cctv. Cayalah.

Reply
avatar
wan
AUTHOR
17 Disember 2015 pada 10:50 PTG delete

Hehe..terima kasih Diana..silakan datang lagi untuk tips2 akan datang..

Reply
avatar

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon