Cara Rekod Skrin Android Dengan Mudah

2:32:00 PTG
Cara Rekod Skrin Android Dengan Mudah. Kebanyakan perakam skrin Android memerlukan proses root untuk menjalankan aplikasi mereka. Kini sudah ada aplikasi yang boleh digunakan tanpa melalui proses root. Namun, pastikan peranti sahabat minima versi Android ialah 5.0.

Bagi sahabat yang sudah advance mungkin tidak menjadi satu masalah untuk root smartphone kepunyaan mereka, tetapi ada juga yang mungkin tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Oleh itu, saya berhasrat untuk berkongsi sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh developer Hecorat yang diberi nama AZ Screen Recorder.

Antara kelebihan aplikasi AZ Screen Recorder adalah:

a. Tidak memerlukan proses root.
b. Tiada had masa rakaman.
c. Tiada watermark dan iklan.
d. Mudah untuk digunakan untuk semua user.
e. Boleh membuat rakaman full HD.
f. Boleh berhenti seketika (pause) semasa rakaman dilakukan.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah berikut:

CARA REKOD SKRIN ANDROID TANPA ROOT


1. Muat turun aplikasi AZ Screen Recorder - No Root di Playstore: Download AZ Screen Recorder
2. Setelah siap install, buka aplikasi ini dan akan terpapar pilihan untuk melakukan rekod skrin seperti gambar di bawah.
3. Tap pada button record yang berwarna merah, maka rakaman akan dimulakan.
4. Slide notification panel untuk pilihan Pause/Stop/Draw.
5. Video akan disimpan dan sahabat boleh memainkannya di dalam video player. Siap!

Cara Rekod Skrin Android Tanpa Root

* Setting boleh dilakukan dengan menyentuh pada icon skru dan sahabat boleh membuat aturan sendiri sama ada ingin mengubah resolusi, merakam suara, frame rate dan sebagainya.

Cara Record screen android without root

Demikian tips Android Cara Rekod Skrin Android Tanpa Root. Semoga bermanfaat.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 comment

Write comment
Sobri Mansor
AUTHOR
12 Januari 2016 pada 12:01 PTG delete

MiNote tak boleh muatturun aoplikasi ni. huhuhu. Tengah test aplikasi lain

Reply
avatar
wan
AUTHOR
12 Januari 2016 pada 4:52 PTG delete

Boleh guna pada device Android 5.0 ke atas sahaja.. :)

Reply
avatar

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon