2 Cara Mengetahui GPU Android

2:00:00 PG 0
Bagi sahabat yang mementingkan prestasi semasa bermain permainan di peranti Android, GPU pasti menjadi salah satu faktor yang diambil kira sebelum membuat keputusan untuk beli smartphone. Android juga mempunyai pelbagai jenis GPU dan tahap kuasa masing-masing.

Sesetengah permainan juga mempunyai fail yang berbeza mengikut GPU masing-masing agar permainan dapat dimainkan dengan lebih baik dan tanpa sebarang masalah besar. Oleh itu, jika sahabat ingin memuat-turun fail games secara manual, GPU peranti perlulah diketahui.

Dikhuatiri tersalah memilih fail, maka permainan tidak dapat dimainkan. Sebagai tambahan, selain disebut GPU, hardware ini turut digelar Unit Pemproses Visual iaitu VPU di dalam bahasa inggerisnya. Di bawah ini saya sertakan dua tip mudah bagi mengenalpasti GPU peranti sahabat..

CARA MENGETAHUI GPU ANDROID


1. Menggunakan aplikasi Hardware Info ( Dibangunkan oleh JFDP Labs )

- Caranya mudah sahaja, pertama sekali muat turun aplikasi Hardware Info di Play Store. 
- Ikuti langkah mudah di bawah:

2 Cara Mengetahui GPU Android

Download: Hardware Info

2. Menggunakan aplikasi CPU-Z ( Dibangunkan oleh CPUID )

- Caranya sama juga seperti di atas, muat turun aplikasi CPU-Z daripada Play Store.
- Jalankan aplikasi dan akan tertera GPU Android anda seperti di bawah:

2 Cara Mengetahui GPU Android

Download: CPU-Z

Kesimpulannya, dengan mengetahui tahap keupayaan GPU peranti, anda mungkin akan lebih memahami dan tahu permainan apa yang boleh serta sesuai untuk dimainkan pada smartphone Android anda. Terima kasih :)