Alternatif Google Chrome

2:33:00 PG
Alternatif Google Chrome. Hari ini pelayar Google Chrome sudah menjadi amat popular dalam kalangan pengguna peranti Android. Lebih-lebih lagi, kini Chrome sudah menjadi aplikasi default yang sedia ada di dalam peranti Android yang baharu dibeli.

Namun, terdapat juga beberapa kelemahan yang didapati pada pelayar ini. Saiz aplikasi yang terlalu besar turut menggunakn ruangan internal peranti dengan amat banyak. Dikhuatiri akan menghadkan ruangan bagi aplikasi lain untuk dimuat-turun.

Chrome juga menggunakan jumlah RAM yang amat tinggi dan kadang-kadang membawa masalah lag kepada pengguna smartphone. Oleh itu, terdapat satu alternatif bagi pelayar Chrome yang dapat saya cadangkan iaitu pelayar CM Browser yang boleh di dapati melalui Google Play Store.

PELAYAR ALTERNATIF KEPADA CHROME


Kelebihan CM Browser:

1. Pelayar web ini hanya bersaiz kurang daripada 2MB.
2. Sentiasa diupdate oleh developer.
3. Mempunyai antaramuka yang mudah difahami dan kemas.

Alternatif Google Chrome

4. Pengguna boleh memilih enjin carian yang mereka sukai seperti Google, Yahoo dan Bing.
5. Mempunyai sistem sekuriti bagi mengelakkan penipuan dan sebagainya.

Alternatif Google Chrome

Pelbagai lagi kelebihan menggunakan pelayar CM Browser ini. Bagi pengguna smartphone yang ingin memuat turun aplikasi ini di smartphone android mereka, boleh berkunjung ke link ini: Playstore CM Browser

Oleh itu, sahabat dapat membuat pilihan sama ada masih ingin kekal menggunakan Chrome atau ingin mencuba aplikasi CM Browser ini. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Sekian daripada saya. Silakan share :)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon