Cara Tahu Read By Dalam Group Whatsapp

1:40:00 PG
Cara Tahu Read By Dalam Group Whatsapp. Inginkan lebih privasi apabila berwhatsapp? Tak ingin diketahui bahawa sahabat sudah membaca mesej yang dihantar. Kali ini, OMyDroid akan berkongsi tip bagi menyembunyikan fungsi ini dalam group Whatsapp.

Mungkin dalam kalangan sahabat sudah biasa dengan blue tick di aplikasi sosial Whatsapp.  Apabila orang lain menghantar mesej kepada kita melalui Whatsapp dan sahabat membacanya, dua tanda roight bewarna biru akan muncul di chat penghantar.

Tanda biru tersebut bermaksud sahabat sudah membacanya. Tetapi, fungsi ini hanyalah akan tampil apabila berwhatsapp secara dua hala. Bagaimana pula ingin mengetahui orang lain sudah membaca chat sahabat apabila di dalam group Whatsapp?

Bagi memudahkan sahabat, di bawah ini saya telah menyediakan satu tutorial ringkas:

CARA MENGETAHUI CHAT SUDAH DIBACA DI DALAM GROUP WHATSAPP


Mula-mula sekali buka Group Whatsapp.

1. Tekan di atas mesej yang sahabat hantar dalam beberapa saat.
2. Akan muncul satu bulatan dan ada tanda seru di dalamnya.
3. Tekan di atas simbol tu.Maka akan muncul senarai Read By, iaitu senarai siapa yang telah membaca Whatsapp kita melalui group. Selesai.

Cara Tahu Read By Dalam Group Whatsapp

Sudah mendapat tip baharu. Selepas ini, sahabat sudah tahu bagaimana ingin memeriksa sama ada penerima sudah membaca atau belum chat yang dihantar. Dulunya, sahabat mungkin hanya fikirkan fungsi ini digunakan pada chat biasa sahaja bukannya di dalam group.

Tidak perlu apa-apa aplikasi dari pihak ketiga, sahabat boleh mengetahui siapa yang sudah membaca Whatsapp yang dihantar. Mudah bukan? Jika artikel ini memberi manfaat, silakan share kepada rakan-rakan :)

Artikel Terkait

First

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon