Mengatasi Masalah Duplicate Contact Android

10:16:00 PG
Mengatasi Masalah Duplicate Contact Android. Kadangkala pengguna peranti Android pernah mengalami masalah pengulangan nama kenalan atau contacts dalam peranti mereka. Mungkin kerana berlakunya sync dari akaun Google dan bertindih dengan nombor sedia ada.

Ada yang sehingga beribu contacts tetapi sebenarnya terdapat pengulangan nombor yang sama sahaja. Bagaimana nak meyelesaikan masalah ini? Adakah nak padam satu persatu sehingga seribu? Mustahil bukan. Di bawah ini saya mencadangkan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Compelson Labs iaitu Contacts Optimizer.

Aplikasi ini memudahkan pengguna untuk mengenalpasti nombor kenalan yang sama dan diulang berkali-kali dan memadamnya di dalam waktu yang singkat.

Cara menggunakannya:

1. Muat turun aplikasi ini di Play Store dan buka Contacts Optimizer.
2. Tekan select account dan pilih salah satu akaun yang ingin diperiksa.
3. Setelah akaun tersebut di scan, jumlah contacts akan keluar.
4. Bagi mengetahui jumlah duplicates contacts, tekan pada Tap to Find Duplicates dan jumlah duplicates contacts akan keluar seperti gambar yang kedua.
5. Tekan pada Delete Duplicates dan biarkan proses berjalan.

Mengatasi Masalah Duplicate Contact Android

6. Setelah selesai proses memadam, maka perbezaan jumlah contacts yang asal dan setelah dipadam akan dapat dilihat seperti gambar di bawah. Banyak perbezaannya kan?

Mengatasi Masalah Duplicate Contact

Semoga dengan tips ringkas ini dapat mengatasi masalah pengulangan kenalan yang sama pada smartphone anda. Silakan share kepada rakan-rakan, mungkin mereka juga ingin mengetahuinya. :)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon