Cara Mengetahui IP Address Android

9:48:00 PG
Cara Mengetahui IP Address Android. Mungkin ada dalam kalangan sahabat yang mencari alamat IP bagi peranti Android. Memuat turun pelbagai aplikasi dari Play Store bagi mengetahui IP address peranti sahabat?

Sebenarnya, tanpa sebarang bantuan aplikasi pihak ketiga, IP address dapat diketahui dengan mudah sekali. Sahabat juga tidak perlu membuka laman web tertentu bagi mengetahui IP address peranti Android. Cukup dengan peranti yang ada sahaja.

Bagi yang masih belum tahu apa itu IP address, sahabat boleh Google sahaja, terdapat pelbagai definisi yang boleh ditemui.

Cara Mengetahui/ Mengesan IP Address Android:

1. Pergi ke Setting smartphone anda, dan tap pada Wifi.
2. Tap pada simbol 3 dot.

Cara Mengetahui IP Address Android

3. Setelah tap pada 3 dot tersebut, maka akan keluar pilihan seperti gambar di bawah. Tap pada Advanced.
4. Skrol ke bawah dan akan keluar paparan IP address peranti anda. Siap!

Cara Mengetahui IP Address Android

Simple sahaja bukan? Tanpa sebarang bantuan dari aplikasi lain dan tanpa perlu membuka apa-apa laman web, ip address terus dapat diketahui. Jika sahabat merasakan tip ini memberi manfaat, silakan share kepada rakan-rakan yang lain juga.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »