Cara Mengetahui IP Address Android

9:48:00 PG
Cara Mengetahui IP Address Android. Mungkin ada dalam kalangan sahabat yang mencari alamat IP bagi peranti Android. Memuat turun pelbagai aplikasi dari Play Store bagi mengetahui IP address peranti sahabat?

Sebenarnya, tanpa sebarang bantuan aplikasi pihak ketiga, IP address dapat diketahui dengan mudah sekali. Sahabat juga tidak perlu membuka laman web tertentu bagi mengetahui IP address peranti Android. Cukup dengan peranti yang ada sahaja.

Bagi yang masih belum tahu apa itu IP address, sahabat boleh Google sahaja, terdapat pelbagai definisi yang boleh ditemui.

Cara Mengetahui/ Mengesan IP Address Android:

1. Pergi ke Setting smartphone anda, dan tap pada Wifi.
2. Tap pada simbol 3 dot.

Cara Mengetahui IP Address Android

3. Setelah tap pada 3 dot tersebut, maka akan keluar pilihan seperti gambar di bawah. Tap pada Advanced.
4. Skrol ke bawah dan akan keluar paparan IP address peranti anda. Siap!

Cara Mengetahui IP Address Android

Simple sahaja bukan? Tanpa sebarang bantuan dari aplikasi lain dan tanpa perlu membuka apa-apa laman web, ip address terus dapat diketahui. Jika sahabat merasakan tip ini memberi manfaat, silakan share kepada rakan-rakan yang lain juga.

Cara Mengetahui Non Follower Instagram (Android)

11:04:00 PG 0
Cara Mengetahui Non Follower Instagram (Android). Bagi laman sosial Instagram, sahabat semua pasti sudah terbiasa dengan istilah follow back iaitu kita inginkan orang difollow turut follow akaun Instagram kembali.

Kadang-kadang, berlaku juga orang yang mengikuti Instagram kita telah unfollow kembali tanpa sebarang sebab munasabah yang diberikan. Jadi, bagaimana sahabat ingin mengetahui akaun Instagram telah tidak diikuti oleh seseorang. Teruskan pembacaan.

Bagi mengesan siapa yang tidak mengikuti sahabat di Insta, saya ingin mencadangkan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh INNOVATTY, LLC yang diberi nama InstaFollow for Instagram. Cara penggunaannya mudah sahaja dan saiz aplikasinya juga hanya bersaiz kecil.

Cara Mengesan Non Follower Instagram:

1. Download aplikasi InstaFollow for Instagram di Play Store: Download
2. Buka aplikasi tersebut dan sign in menggunakan username dan password anda.
3. Antaramuka seperti di bawah akan muncul dan tap pada Non Followers.

Cara Mengetahui Non Follower Instagram (Android)

4. Setelah tap pada non followers, maka list akaun yang anda follow akan muncul beserta butang unfollow di sebelah kanan. Nak unfollow? Tekan je butang Unfollow.
Cara Mengetahui Non Follower Instagram (Android)

5. Anda boleh lihat perbezaan jumlah sebelum dan selepas seperti gambar di bawah. Siap!

InstaFollow for Instagram

Silakan share tutorial mudah ini :)

Cara Sembunyikan Blue Tick Whatsapp

11:39:00 PG 3
Cara Sembunyikan Blue Tick Whatsapp. Melalui update yang telah dilakukan oleh pihak Whatsapp, banyak fungsi tambahan telah dimasukkan. Fungsi yang ditambah adalah bagi memudahkan lagi pengguna untuk melakukan sesuatu perkara.

Namun, tak semua pengguna peranti Android sukakan update yang dilakukan. Salah satu penaiktarafan yang dilakukan adalah fungsi blue tick. Dahulu semasa masih pada peringkat awal, Whatsapp hanya akan naik 2 tanda right bewarna hitam.

Kini, fungsi ini telah dipertingkatkan dengan bertukar menjadi warna biru apabila mesej yang dihantar melalui Whatsapp telah dibaca oleh penerima. 1 tanda bermakna sudah hantar. 2 tanda bermakna mesej diterima. Bertukar biru bermakna mesej Whatsapp telah dibaca.

Cara Sembunyikan Blue Tick Whatsapp

Tetapi, ada yang lebih suka penghantar tidak tahu bahawa mereka sudah membaca mesej yang dihantar. Mungkin atas faktor tertentu sahabat tidak mahukan fungsi ini digunapakai di dalam Whatsapp.

Oleh itu, bagi pengguna yang tak mahu menggunakan fungsi ini dan ingin menutupnya, silakan ikuti tutorial di bawah.Step-step yang diberi harap difahami oleh sahabat semua.

SEMBUNYIKAN BLUE TICK WHATSAPP


1. Buka Setting.
2. Pilih Account
3. Tap pada privacy
4. Untick read receipt. Siap!

Cara Sembunyikan Blue Tick Whatsapp

Cara Sembunyikan Blue Tick Whatsapp

Selepas melakukan sedikit pengubahsuaian setting, akhirnya berjaya. Mudah sahaja bukan? Diharap tip ini membantu sahabat bagi menutup fungsi blue yick di Whatsapp. Semoga berguna. Silakan share tip ini :D

Cara Share Lagu Moment WeChat (Android)

8:15:00 PG 1
Cara Share Lagu Moment WeChat (Android). Kini, aplikasi WeChat makin dikenali dan diguna oleh ramai orang diseluruh dunia. Fungsinya hampir sama dengan aplikasi Whatsapp. Namun, apa yang lebih menarik pada aplikasi ini adalah disediakan fungsi Moment.

Moment ialah satu tempat di mana sahabat boleh berkongsi gambar, video pendek dan sebagainya. Namun, ada yang tertanya-tanya, adakah moment boleh digunakan untuk berkongsi lagu atau muzik. Jawapannya, Ya.

Semestinya ada cara yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Di bawah ini saya akan berkongsi sebuah aplikasi yang dapat membantu sahabat semua untuk berkongsi lagu di moment dengan mudahnya.

Cara Share Lagu Moment WeChat (Android)

Penggunaan aplikasi pemain muzik ini turut disertakan fungsi menarik iaitu berkongsi lagu ke Moment WeChat yang bakal saya terangkan langkah-langkahnya di bawah.

CARA SHARE LAGU MOMENT WECHAT


1. Muat turun aplikasi JOOX Music dari Google Play Store: Download JOOX
2. Selesai proses muat turun, buka aplikasi JOOX Music.
3. Pilih sama ada ingin login menggunakan Wechat, Facebook ataupun hanya sebagai Guest. Untuk menggunakan sebagai Guest, tap sahaja pada Log In/Sign Up with other Accounts dan pilih Guest Mode seperti di bawah.

joox apk

4. Selesai langkah di atas, ikuti langkah mudah di bawah untuk berkongsi lagu ke moment Wechat. Search lagu yang anda inginkan, tap pada 3 dot dan pilih Share To WeChat Moment.

Cara Share Lagu Moment WeChat (Android)

5. Siap! Mudah bukan?

Silakan share kepada rakan-rakan anda tip mudah ini :D

Ukur Kelajuan Internet Tanpa Aplikasi (Android)

8:47:00 PTG 0
Ukur Kelajuan Internet Tanpa Aplikasi (Android). Bukan semua peranti Android dibekalkan dengan saiz memori dalaman yang besar dan mampu memuat-turun pelbagai aplikasi ke dalam peranti. Ada yang sekadar 4 GB dan 8 GB sahaja.

Masalah ini menyukarkan sahabat untuk download aplikasi bagi mengukur tahap kelajuan internet ke dalam peranti. Mungkin keluar notification, ruangan memori tidak mengcukupi untuk memuat-turun aplikasi. Runsing bukan?

Sebenarnya, kita boleh mengukur kelajuan internet tanpa menggunakan sebarang aplikasi dari Play Store, cukup sekadar menggunakan pelayar internet sedia ada yang berada di dalam smartphone anda. Caranya mudah sahaja, buka laman web ini: SpeedOf.Me menggunakan smartphone anda.

Ikuti langkah mudah di bawah:

1. Tap pada Start test dan tunggu proses berjalan.

Ukur Kelajuan Internet Tanpa Aplikasi (Android)

2. Ukuran speed akan tertera seperti di bawah. Mudah bukan? 

Ukur Kelajuan Internet Tanpa Aplikasi (Android)

Semoga dengan artikel yang dikongsikan dapat memudahkan sahabat bagi mengukur kelajuan internet di peranti Android. Guna sahaja browser lebih mudah dan fleksibel. Silakan share tip mudah ini kepada rakan-rakan :)

Cara Sembunyikan Fail Android

12:43:00 PTG 0
Cara Sembunyikan Fail Android. Di dalam peranti Android sahabat mungkin ada fail, gambar, video, lagu dan sebagainya yang ingin lebih di privasikan dari pengetahuan umum atas sebab-sebab tertentu. Jadi apa yang perlu dibuat?

Bagi menyembunyikan (hide) fail seperti gambar, video dan lagu, aplikasi yang saya ingin cadangkan adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Matthew Kwan iaitu SECRECY - Encrypt/Hide Files α.

Cara sembunyikan fail Android:

1. Muat turun aplikasi SECRECY daripada Play Store: Download
2. Buka aplikasi SECRECY dan tap pada tanda + create New Vault. Isikan mengikut apa yang ada inginkan.

Cara Sembunyikan Fail Android

3. Selepas siap Create New Vault, buka Gallery anda atau file manager dan pilih fail yang anda ingin sembunyikan. Tap pada share dan pilih Import Files to Secrecy. 
4. Pilih pada Folder yang anda buat tadi dan masukkan password.

Cara Sembunyikan Fail Android

5. Buka kembali Gallery anda, dan lihat. Sudah tiada gambar yang disembunyikan tadi.

Cara Sembunyikan Fail Android

Mudah bukan? Saya harap dengan perkongsian aplikasi ini dapat membantu sahabat bagi menyembunyikan fail-fail tertentu daripada dilihat oleh orang lain. Semoga bermanfaat. Silakan share tutorial Cara Sembunyikan Fail Android ini :)

Aplikasi Kewangan Terbaik untuk Pelajar (Android)

10:33:00 PG 0
Aplikasi Kewangan Terbaik untuk Pelajar (Android). Anda pelajar? Mungkin dengan timbunan tugasan yang diberikan membuat sahabat semua sibuk dan tidak sempat untuk mencatat transaksi masuk keluarnya duit.

Tiba-tiba, tengok dalam dompet dan tinggal sekeping sahaja duit RM10. Bermain dalam benak fikiran, kemana pergi duit yang lain. Padahal sudah digunakan untuk berbelanja dan mungkin ada duit yang digunakan dengan secara boros dan membazir.

Bagi mengatasi masalah ini, satu aplikasi Android yang dibangunkan oleh CLEEVIO s.r.o.ingin saya cadangkan iaitu Spendee.

Kelebihan aplikasi Spendee:

1. Anda boleh menyimpan semua data kewangan secara atas talian (online). Apabila aplikasi ini dimuat turun, pastikan anda sign up dan sign in bagi menggunakan fungsi menarik ini.
2. Boleh ditetapkan wallet yang berlainan kategori contohnya Wallet untuk keluarga dan untuk Bisnes. Tekan sahaja pada Create New Wallet.
3. Boleh ditetapkan currency mengikut apa yang dikehendaki seperti Malaysia Ringgit (MYR).

Aplikasi Kewangan Terbaik untuk Pelajar (Android)

4. Mempunyai fungsi Expense dan Income bagi mengenalpasti keluar masuk duit anda. Menariknya turut disertakan kategori yang sesuai seperti Car, Travel, Bills dan sebagainya.

Aplikasi Kewangan Terbaik untuk Pelajar (Android)

5. Perbelanjaan dan income turut boleh dipersembahkan di dalam bentuk graf yang menarik. Pilih sahaja pada Overview dan anda akan dipersembahkan gambar rajah seperti di bawah. Adanya total expense dan juga total income.

Spendee

Menarik bukan? Anda boleh mendapatkannya di Playstore tanpa sebarang bayaran. Download Spendee. Silakan share :)

Cara Kesan Di Mana Android Anda

12:53:00 PG 0
Cara Kesan Di Mana Android Anda. Bukan menjadi satu perkara pelik apabila sahabat lupa di mana terletaknya peranti Android. Rasa seperti baharu sahaja memegangnya dan tiba-tiba lupa dimanakah peranti tersebut.

Saya sendiri pun pernah melalui situasi ini. Dicari-cari tetap tak menjumpai di mana terletaknya peranti tersebut. Tiba-tiba terjumpa sahaja di mana-mana. Amat menyulitkan bukan? Pening memikirkan di mana hilangnya peranti tersebut.

Apabila menghadapi masalah ini, saya ingin mencadangkan sebuah aplikasi dari Play Store. Aplikasi yang dicadangkan adalah Lost Android yang dibangunkan oleh Theis Borg. Di bawah ini saya akan menerangkan langkah-langkah untuk mengesan Android anda.

Langkah-langkah:

1. Download aplikasi Lost Android dari Play Store. Download.
2. Buka aplikasi Lost Android dan ikuti step di bawah:

Cara Kesan Di Mana Android Anda

3. Buka laman web Android Lost menggunakan laptop dan log in dengan Gmail yang anda gunakan pada peranti Android anda. Apabila berjaya log in, pop up akan keluar seperti gambar di bawah:

Cara Kesan Di Mana Android Anda

4. Bagi menggunakan fungsi mengesan Android anda, pergi ke link ini dan cari perkataan Location, tekan Send Location. Satu pop up akan keluar menunjukkan kedudukan Android anda.

Cara Kesan Di Mana Android Anda

5. Anda boleh cuba lagi pelbagai fungsi-fungsi menarik yang terdapat di laman web Android Lost ini.

Semoga perkongsian ringkas saya di atas dapat menyelesaikan masalah sahabat apabila terlupa atau kehilangan peranti Android. Muat turun sebelum terlambat. Adakah ingin menunggu nasi menjadi bubur dahulu?

Itu sahaja dari OMyDroid. Semoga membantu. Silakan share tutorial ini :)

Cara Download Gambar Instagram

9:50:00 PG 0
Cara Download Gambar Instagram. Instagram merupakan sebuah media sosial yang digunakan oleh sahabat semua untuk memuat naik gambar bukan? Namun, terdapat kekurangan di dalam aplikasi ini yang turut menyukarkan pengguna.

Masalah yang sering dihadapi adalah tidak dapat memuat-turun gambar yang dipost oleh orang lain ke dalam peranti. Adakah ingin screenshot setiap kali mahu menyimpan gambar? Susah dan merumitkan bukan.

Bagi mengatasi masalah ini, saya ingin memperkenalkan satu aplikasi percuma yang dibangunkan oleh MK Productions (Mehdi Kamar) iaitu InstaSaver yang boleh didapati di Play Store. Ikuti tutorial mudah di bawah.

Cara Download Gambar Instagram:

1. Muat turun aplikasi InstaSaver dari Playstore- Download
2. Buka aplikasi InstaSaver dan turn on sehingga button bertukar menjadi hijau seperti gambar di bawah:

Cara Download Gambar Instagram

3. Apabila sudah turn on, buka aplikasi Instagram dan ikuti step di bawah:

Cara Download Gambar Instagram

4. Siap! Anda boleh melihat kembali gambar-gambar yang dimuat-turun di dalam folder InstaSaver di Gallery.

* Bagi pengguna yang menggunakan akaun private, anda tak boleh memuat turun gambar mereka.

Trik tambahan:

Cara mengurangkan penggunaan mobile data di dalam aplikasi Instagram:

Buka aplikasi Instagram, pergi ke Options dan skrol hingga berjumpa perkataan Cellular Data Use dan tap pada perkataan tersebut dan pilih Use Less Data. Contoh bergambar:

Cara Download Gambar Instagram

Perkongsian di atas diharapkan dapat memudahkan sahabat untuk download gambar dari media sosial yang kian popular ini. Silakan share tutorial ini :)

Pemain Muzik Terbaik Android

6:53:00 PTG 0
Tidak dinafikan terdapat pelbagai aplikasi pihak ketiga yang menjadi pilihan pengguna smartphone Android bagi menggantikan pemain muzik asal mereka. Penggantian kepada pemain muzik lain mungkin disebabkan oleh masalah lag, kurangnya features menarik dan menggunakan RAM yang terlalu banyak.

Di bawah ini saya akan mencadangkan satu aplikasi pemain muzik terbaik Android yang menjadi pilihan, iaitu Phonograph Music Player. Walaupun masih di aras Beta, namun features yang ditawarkan boleh dikatakan setanding dengan pemain muzik lain.

Kelebihan Phonograph Music Player:

1. Saiz aplikasi yang kecil iaitu hanya 2.1MB ( Versi 0.9.18b )
2. Antara muka yang kemas dan mudah difahami.
3. Boleh diletakkan widget seperti pemain muzik lain.
4. Dilengkapi pilihan Equalizer dan pengguna boleh memilihnya mengikut kesusaian.

Pemain Muzik Terbaik Android

5. Memuat turun maklumat artis dan album dengan automatik.
6. Boleh diakses dengan mudah di bahagian status bar.

Pemain Muzik Terbaik Android

Serta pebagai lagi kelebihan yang terdapa pada Phonograph Music Player ini. Bagi yang ingin memuat turun aplikasi ini, boleh mendapatkannya secara percuma di Play Store. Download Phonograph Music Player Beta.

Diharapkan dengan cadangan aplikasi muzik ini dapat memudahkan sahabat bagi memilih pemain muzik yang benar-benar bagus dari Play Store. Sahabat sudah sedia maklum di dalam Play Store terdapat beratus dan mungkin beribu pemain muzik yang dibangunkan oleh developer.

Sekian dahulu daripada OMyDroid. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Mengatasi Masalah Penggunaan RAM (Android)

3:30:00 PTG 2
Mengatasi Masalah Penggunaan RAM (Android). Pengguna peranti Android Low End atau Middle End biasanya akan mengalami masalah penggunaan RAM yang terlalu banyak pada smartphone mereka. Penggunaan RAM yang menghampiri had kadang-kadang menimbulkan masalah lag kepada pengguna Android.

Namun, terdapat banyak aplikasi yang boleh didapati di Play Stores bagi menghentikan background process pada peranti mudah alih anda, tetapi bagi yang tidak mahu menggunakan 3rd party apps, anda boleh membuat had bagi background process smartphone anda dengan mudah sekali!

Bagaimana ingin mengatasi masalah ini tanpa menggunakan aplikasi dari pihak ketiga?

Bagi yang ingin mengatasi masalah ini, boleh cuba cara di bawah:

1. Pergi ke Setting smartphone anda, tap pada About, tap pada Software Information.
2. Setelah sampai pada bahagian Software Information, anda akan lihat ada perkataan Build Number. tap pada Build Number sebayak 7-8 kali bagi mengeluarkan fungsi Developer.
3. Tekan back sehingga sampai ke bahagian Setting, akan muncul satu pilihan baharu iaitu Developer Option.

Mengatasi Masalah Penggunaan RAM (Android)

4. Tap pada Developer Options dan skrol ke bawah sehingga dan tap pada background process limit, maka akan keluar seperti pilihan di bawah:

Mengatasi Masalah Penggunaan RAM (Android)

5. Anda boleh pilih berapa banyak Background Process pada satu-satu masa yang dijalankan pada smartphone anda. Siap!

Mudah bukan? Jika sahabat merasakan artikel ini memberi manfaat, silakan share kepada rakan-rakan yang lain juga :)

Mengatasi Masalah Duplicate Contact Android

10:16:00 PG 0
Mengatasi Masalah Duplicate Contact Android. Kadangkala pengguna peranti Android pernah mengalami masalah pengulangan nama kenalan atau contacts dalam peranti mereka. Mungkin kerana berlakunya sync dari akaun Google dan bertindih dengan nombor sedia ada.

Ada yang sehingga beribu contacts tetapi sebenarnya terdapat pengulangan nombor yang sama sahaja. Bagaimana nak meyelesaikan masalah ini? Adakah nak padam satu persatu sehingga seribu? Mustahil bukan. Di bawah ini saya mencadangkan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Compelson Labs iaitu Contacts Optimizer.

Aplikasi ini memudahkan pengguna untuk mengenalpasti nombor kenalan yang sama dan diulang berkali-kali dan memadamnya di dalam waktu yang singkat.

Cara menggunakannya:

1. Muat turun aplikasi ini di Play Store dan buka Contacts Optimizer.
2. Tekan select account dan pilih salah satu akaun yang ingin diperiksa.
3. Setelah akaun tersebut di scan, jumlah contacts akan keluar.
4. Bagi mengetahui jumlah duplicates contacts, tekan pada Tap to Find Duplicates dan jumlah duplicates contacts akan keluar seperti gambar yang kedua.
5. Tekan pada Delete Duplicates dan biarkan proses berjalan.

Mengatasi Masalah Duplicate Contact Android

6. Setelah selesai proses memadam, maka perbezaan jumlah contacts yang asal dan setelah dipadam akan dapat dilihat seperti gambar di bawah. Banyak perbezaannya kan?

Mengatasi Masalah Duplicate Contact

Semoga dengan tips ringkas ini dapat mengatasi masalah pengulangan kenalan yang sama pada smartphone anda. Silakan share kepada rakan-rakan, mungkin mereka juga ingin mengetahuinya. :)

Alternatif Google Chrome

2:33:00 PG 0
Alternatif Google Chrome. Hari ini pelayar Google Chrome sudah menjadi amat popular dalam kalangan pengguna peranti Android. Lebih-lebih lagi, kini Chrome sudah menjadi aplikasi default yang sedia ada di dalam peranti Android yang baharu dibeli.

Namun, terdapat juga beberapa kelemahan yang didapati pada pelayar ini. Saiz aplikasi yang terlalu besar turut menggunakn ruangan internal peranti dengan amat banyak. Dikhuatiri akan menghadkan ruangan bagi aplikasi lain untuk dimuat-turun.

Chrome juga menggunakan jumlah RAM yang amat tinggi dan kadang-kadang membawa masalah lag kepada pengguna smartphone. Oleh itu, terdapat satu alternatif bagi pelayar Chrome yang dapat saya cadangkan iaitu pelayar CM Browser yang boleh di dapati melalui Google Play Store.

PELAYAR ALTERNATIF KEPADA CHROME


Kelebihan CM Browser:

1. Pelayar web ini hanya bersaiz kurang daripada 2MB.
2. Sentiasa diupdate oleh developer.
3. Mempunyai antaramuka yang mudah difahami dan kemas.

Alternatif Google Chrome

4. Pengguna boleh memilih enjin carian yang mereka sukai seperti Google, Yahoo dan Bing.
5. Mempunyai sistem sekuriti bagi mengelakkan penipuan dan sebagainya.

Alternatif Google Chrome

Pelbagai lagi kelebihan menggunakan pelayar CM Browser ini. Bagi pengguna smartphone yang ingin memuat turun aplikasi ini di smartphone android mereka, boleh berkunjung ke link ini: Playstore CM Browser

Oleh itu, sahabat dapat membuat pilihan sama ada masih ingin kekal menggunakan Chrome atau ingin mencuba aplikasi CM Browser ini. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Sekian daripada saya. Silakan share :)

Cara Tahu Read By Dalam Group Whatsapp

1:40:00 PG 0
Cara Tahu Read By Dalam Group Whatsapp. Inginkan lebih privasi apabila berwhatsapp? Tak ingin diketahui bahawa sahabat sudah membaca mesej yang dihantar. Kali ini, OMyDroid akan berkongsi tip bagi menyembunyikan fungsi ini dalam group Whatsapp.

Mungkin dalam kalangan sahabat sudah biasa dengan blue tick di aplikasi sosial Whatsapp.  Apabila orang lain menghantar mesej kepada kita melalui Whatsapp dan sahabat membacanya, dua tanda roight bewarna biru akan muncul di chat penghantar.

Tanda biru tersebut bermaksud sahabat sudah membacanya. Tetapi, fungsi ini hanyalah akan tampil apabila berwhatsapp secara dua hala. Bagaimana pula ingin mengetahui orang lain sudah membaca chat sahabat apabila di dalam group Whatsapp?

Bagi memudahkan sahabat, di bawah ini saya telah menyediakan satu tutorial ringkas:

CARA MENGETAHUI CHAT SUDAH DIBACA DI DALAM GROUP WHATSAPP


Mula-mula sekali buka Group Whatsapp.

1. Tekan di atas mesej yang sahabat hantar dalam beberapa saat.
2. Akan muncul satu bulatan dan ada tanda seru di dalamnya.
3. Tekan di atas simbol tu.Maka akan muncul senarai Read By, iaitu senarai siapa yang telah membaca Whatsapp kita melalui group. Selesai.

Cara Tahu Read By Dalam Group Whatsapp

Sudah mendapat tip baharu. Selepas ini, sahabat sudah tahu bagaimana ingin memeriksa sama ada penerima sudah membaca atau belum chat yang dihantar. Dulunya, sahabat mungkin hanya fikirkan fungsi ini digunakan pada chat biasa sahaja bukannya di dalam group.

Tidak perlu apa-apa aplikasi dari pihak ketiga, sahabat boleh mengetahui siapa yang sudah membaca Whatsapp yang dihantar. Mudah bukan? Jika artikel ini memberi manfaat, silakan share kepada rakan-rakan :)