Cara Share Lagu Moment WeChat (Android)

8:15:00 PG
Cara Share Lagu Moment WeChat (Android). Kini, aplikasi WeChat makin dikenali dan diguna oleh ramai orang diseluruh dunia. Fungsinya hampir sama dengan aplikasi Whatsapp. Namun, apa yang lebih menarik pada aplikasi ini adalah disediakan fungsi Moment.

Moment ialah satu tempat di mana sahabat boleh berkongsi gambar, video pendek dan sebagainya. Namun, ada yang tertanya-tanya, adakah moment boleh digunakan untuk berkongsi lagu atau muzik. Jawapannya, Ya.

Semestinya ada cara yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Di bawah ini saya akan berkongsi sebuah aplikasi yang dapat membantu sahabat semua untuk berkongsi lagu di moment dengan mudahnya.

Cara Share Lagu Moment WeChat (Android)

Penggunaan aplikasi pemain muzik ini turut disertakan fungsi menarik iaitu berkongsi lagu ke Moment WeChat yang bakal saya terangkan langkah-langkahnya di bawah.

CARA SHARE LAGU MOMENT WECHAT


1. Muat turun aplikasi JOOX Music dari Google Play Store: Download JOOX
2. Selesai proses muat turun, buka aplikasi JOOX Music.
3. Pilih sama ada ingin login menggunakan Wechat, Facebook ataupun hanya sebagai Guest. Untuk menggunakan sebagai Guest, tap sahaja pada Log In/Sign Up with other Accounts dan pilih Guest Mode seperti di bawah.

joox apk

4. Selesai langkah di atas, ikuti langkah mudah di bawah untuk berkongsi lagu ke moment Wechat. Search lagu yang anda inginkan, tap pada 3 dot dan pilih Share To WeChat Moment.

Cara Share Lagu Moment WeChat (Android)

5. Siap! Mudah bukan?

Silakan share kepada rakan-rakan anda tip mudah ini :D

Seorang penulis blog yang gemar berkongsi apa yang diketahui. Suka bersoal jawab dan berdiskusi perkara berkaitan teknologi dan gadjet terkini. - OMyDroid

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon