Aplikasi Al-Quran Terbaik (Android)

1:28:00 PTG
Aplikasi Al-Quran Terbaik (Android). Kini, ingin membaca al-Quran bukanlah suatu perkara yang sukar bagi Muslim. Kemajuan di dalam bidang teknologi turut diambil kesempatan oleh para developer membangunkan aplikasi bersifat Islamik.

Aplikasi Al-Quran Terbaik (Android)

Kewujudan aplikasi al-Quran di dalam peranti mudah alih juga dapat memudahkan umat Islam untuk membaca dan memperbaiki bacaan al-quran walau di mana kita berada sama ada di tempat kerja, di stesen bas, perpustakaan dan sebagainya tempat-tempat yang bersesuaian.

Oleh itu, secara peribadinya saya memilih aplikasi dari developer ETC KSU iaitu aplikasi al Quran yang diberi nama Ayat - Al Quran sebagai Aplikasi Al-Quran Terbaik bagi peranti Android.

Aplikasi Al-Quran Terbaik (Android)

Antara kelebihan aplikasi ini adalah, Ayat - Al Quran sepenuhnya mengikut muka surat seperti di dalam naskah al-quran rasm Uthami yang asal. Sebagai contoh, apabila kita membaca al-Quran di muka surat 17, kita hanya perlu ke muka surat yang sama di dalam aplikasi ini. Mudah bukan? Kemudahan bookmark juga turut disediakan di dalam aplikasi Al-Quran ini.

Aplikasi Al-Quran Terbaik (Android)

Selepas anda memuat turun aplikasi ini dari Google play store, pada permulaan pembukaan aplikasi ini akan diberi pilihan sama ada ingin memilih bahasa Arab ataupun bahasa Inggeris bagi memudahkan pengguna memahami isi kandungan yang terdapat di dalam aplikasi ini. 

Aplikasi Al-Quran Terbaik (Android)

Sebagai tambahan, antara perkara yang menarik minat saya untuk mengesyorkan aplikasi ini adalah kerana, prngguna boleh memilih dan memuat turun suara pembaca yang mereka ingin didengari seperti Abdullah Basfar, Mohammad Ayoub, Abdullbaset dan ramai lagi Qari-qari yang hebat. Penyediaan suara para qari ini turut dapat membantu pengguna untuk membuat ulangkaji sama ada betul atau tidak bacaan mereka.

Aplikasi Al-Quran Terbaik (Android)

Selain itu, user juga boleh pergi ke muka surat, juzuk dan surah yang mereka inginkan dengan cepat dan mudah menggunakan aplikasi Ayat - Al Quran ini.

Bagi pengguna yang berminat untuk memuat turun Aplikasi Al-Quran Terbaik (Android) ini, anda boleh pergi ke Google Play Store dan muat turun ke smartphone android anda: Download

Silakan share :D

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon